Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihentikan untuk kerja-kerja penyelenggaraan luar jadual yang perlu dilaksanakan, kata operatornya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Menurut paparan laman sosial Facebook rasminya, MAHB berkata susulan itu pihaknya mengaktifkan perkhidmatan bas bagi mengangkut penumpang di antara terminal utama dan bangunan satelit menggunakan 16 buah bas yang disediakan.
"KLIA mengendalikan pergerakan penumpang dalam volum yang tinggi dari 8 pagi hingga 8 malam ini dengan tren terpaksa membawa kira-kira 95,000 penumpang bagi tempoh itu.
"Disebabkan kapasiti yang tinggi ini, tren terpaksa disenggara bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan," kata MAHB.
Dilaporkan perkhidmatan aerotrain di KLIA tergendala menyebabkan ratusan penumpang terpaksa menaiki bas untuk bergerak di antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit.
Beberapa rakaman video dan gambar dihantar kepada media yang menunjukkan pintu masuk ke tren direkat dengan pita yang tertulis "Maintenance in Progress" (kerja penyenggaraan sedang dijalankan).
Menurut MAHB, pasukan kejuruteraan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan itu secepat mungkin dan penumpang akan dimaklumkan sebaik sahaja perkhidmatan tren bersambung semula.
Pada masa sama MAHB menasihati penumpang agar terus ke ruang menunggu bas bagi mendapatkan bantuan staf untuk meneruskan perjalanan mereka.
Ini kali ketiga perkhidmatan tren itu tergendala untuk tahun ini.
Pada September lalu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali dilaporkan berkata dua tren yang beroperasi sejak hampir 20 tahun lalu akan dihantar untuk penyelenggaraan utama pada akhir tahun ini. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 25 2017
Susulan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas perkhidmatan aerotrain, MAHB mengaktifkan perkhidmatan 16 bas bagi mengangkut penumpang di antara terminal utama dan bangunan satelit. - Facebook/Malaysia Airports
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Projek aerotrain KLIA dijangka siap lebih awal menjelang 31 Jan 2025 - MAHB
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata jangkaan itu adalah dua bulan lebih awal daripada tarikh asal siap pada 31 Mac 2025.
Aerotrain 90 peratus siap, MAHB diharap selesaikan isu kontrak - Loke
Set pertama Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kini dalam pembinaan di Wuhu, China, telah hampir 90 peratus siap.
Perubahan drastik KLIA Terminal 1 dalam masa tiga tahun - Loke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan mengalami perubahan drastik dalam masa tiga tahun.
Satu aerotrain KLIA dijangka beroperasi tahun depan - Loke
Satu daripada dua perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dijangka beroperasi tahun depan.
Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan sementara
Keputusan tersebut diambil susulan insiden membabitkan aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di KLIA semalam, membabitkan 114 penumpang.
Penambahan bas 'shuttle' dan kakitangan langkah tangani isu aerotrain KLIA - Anthony
Penambahan bas shuttle dijangka mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain dengan masa perjalanan pula dalam tempoh empat minit.
Program penggantian aerotrain KLIA dimuktamadkan pada 2025 - MAHB
Program penggantian 'aerotrain' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka selesai menjelang 2025, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
KLIA2 bukan terminal kos rendah - MAHB
"Terminal KLIA2 bukan terminal lapangan terbang kos rendah". Itulah ungkapan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Strategi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Azli Mohamed.