Kerajaan akan terus mengukuhkan lagi hubungan baik dengan negara-negara asing tanpa terlalu memberi tumpuan kepada aset-aset ketenteraan yang canggih, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata aset-aset Kementerian Pertahanan yang sedia ada pada masa ini adalah mencukupi untuk melindungi dan mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.
"Apa yang kita ada sekarang (aset) adalah mencukupi untuk kemungkinan digunakan dalam serangan balas. Kita tidak memerlukan aset yang canggih untuk menghadapi ancaman kumpulan militan seperti Abu Sayyaf...kita tidak akan berperang dengan Korea Utara dan kuasa-kuasa nuklear," kata beliau selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Labuan di sini pada Ahad.
Beliau berkata apa yang penting ialah untuk memastikan aset ketenteraan negara adalah mencukupi untuk mempertahankan negara terutama Sabah dan Labuan daripada sebarang kemungkinan serangan atau pencerobohan baharu.
"Ini menunjukkan tentang pentingnya mempunyai hubungan baik dengan negara-negara jiran terutama perjanjian tiga hala dengan Indonesia dan Filipina dengan menjalin kerjasama dalam bidang perisikan.
"Yang tidak kurang penting ialah mengadakan hubungan baik dengan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, dan ini adalah lebih baik daripada memiliki aset-aset yang canggih," kata beliau.
Hishammuddin menegaskan bahawa hubungan baik dan perancangan strategik adalah lebih penting demi menjamin keamanan negara.
Beliau menarik perhatian kepada penggunaan aset-aset canggih dalam menghadapi kumpulan pengganas Daesh di Syria terbukti tidak membawa kejayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2017

Hishammuddin (gambar) menegaskan hubungan baik dan perancangan strategik adalah lebih penting demi menjamin keamanan negara. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Perkukuh hubungan baik dengan negara asing penting - Hishammuddin
Beliau berkata aset-aset Kementerian Pertahanan yang sedia ada pada masa ini adalah mencukupi untuk melindungi dan mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.