Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil serius dengan isu kelewatan proses memohon dan memperbaharui pasport yang berlaku.
"Kita akan laksanakan sistem online 100 peratus September ini untuk mempermudahkan urusan orang ramai
"Ia sekali gus akan mengurangkan masalah kelewatan permohonan yang dialami masa kini," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI di sini hari ini.
Katanya, kejadian panik susulan laporan di media sosial menyebabkan pihaknya terpaksa menghadapi jumlah permohonan yang luar biasa.
Laporan media mengelirukan mengenai proses memperbaharui pasport punca 'panik' sehingga menyebabkan kesesakan di Pejabat Imigresen tertentu.
Selain permohonan dengan jumlah yang luar biasa, kekurangan stok dari pembekal antara punca kelewatan permohonan.
Beliau turut meminta pegawai di setiap lokasi untuk turun padang memberi penjelasan situasi semasa di kaunter Jabatan Imigresen seluruh negara.
Malah, pihaknya turut mengambil langkah proaktif untuk memastikan piagam pelanggan untuk menyiapkan pasport dalam tempoh sejam disampaikan dengan baik kepada orang ramai.
BACA: Tiga punca orang ramai terpaksa beratur panjang untuk permohonan pasport