Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), hari ini menafikan bahawa ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook 'Perodua Malaysia
Company'.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata Perodua sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook terbabit.
"Catatan itu dibuat oleh pemilik akaun berkenaan dan kami menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi kami untuk sebarang kempen dan promosi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Saluran rasmi Perodua ialah laman 'MYPerodua' di Facebook, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my), katanya.
Beliau berkata, pada masa ini, Perodua hanya menjalankan satu kempen iaitu 'Golden Prosperity Deals' dengan penjimatan sehingga RM3,888 sebulan yang ditawarkan bagi model terpilih.
Perodua akan mengadakan kempen 'MYPerodua Nation' selama tiga hari bermula 20 Jan, 2017, karnival terbesarnya, di kawasan letak kenderaan Aeon Mall Shah Alam, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2017

Perodua menafikan ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di Facebook 'Perodua Malaysia Company'. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Perodua nafi kempen Myvi percuma di Facebook
Perodua menafikan bahawa ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook 'Perodua Malaysia Company'.