Mesyuarat pertama Dewan Negara bagi penggal keenam, Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 26 Mac lepas ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran ketika mengumumkan penangguhan persidangan tersebut, bagaimanapun meminta anggota Dewan Negara supaya tidak sesekali berhenti daripada terus menabur jasa kepada negara.
Mesyuarat itu mungkin menjadi yang terakhir untuk penggal Parlimen ke-13 yang tamat pada 24 Jun. Parlimen dijangka dibubarkan dalam masa terdekat untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan.
"Kita berada di ambang PRU14 di mana kematangan sistem demokrasi teruji semula di negara kita, pilihan raya membawa makna yang istimewa di Parlimen kita kerana ia merupakan tonggak utama pemerintahan berdemokrasi.
"Sehubungan itu, ingin saya menyeru kepada Yang Berhormat untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pilihan raya ini untuk sama-sama menyuburkan sistem demokrasi di negara ini," katanya.
Vigneswaran berkata persidangan Dewan Negara kali ini mempunyai sedikit kelainan kerana ia berlangsung secara serentak dengan persidangan Dewan Rakyat setelah bersidang secara berasingan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Saya berasa amat bersyukur kerana dapat membahaskan titah diraja dan meluluskan beberapa Rang Undang-Undang dalam masa yang singkat," katanya.
"Kepada semua ahli Dewan (Negara) yang belum tamat perkhidmatan, kita akan bertemu kembali selepas PRU kelak," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota Dewan Negara termasuk mereka yang akan menamatkan perkhidmatan mereka sebagai Senator dalam waktu terdekat.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan yang diperlihatkan oleh semua yang telah menjayakan sesi persidangan kali ini," katanya sebelum menangguhkan mesyuarat berkenaan pada kira-kira 5.30 petang ini.
Persidangan Dewan Negara kali ini juga telah meluluskan lapan Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018.
Turut diluluskan Rang Undang-Undang Pergigian 2017, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018, Rang Undang-Undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018, Rang Undang-Undang Timbang Tara (Pindaan) (No.2) 2018, Rang Undang-Undang Had Masa (Pindaan) 2018 dan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018. -- Bernama
Bernama
Thu Apr 05 2018
Vigneswaran bagaimanapun meminta anggota Dewan Negara supaya tidak sesekali berhenti daripada terus menabur jasa kepada negara. - BERNAMA/Fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.