Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sebarang pertelingkahan antara negara tidak harus sampai ke peringkat peperangan, kerana itu merupakan cara orang primitif.
Ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-25, di sini pagi ini, beliau berkata, sebaik-baiknya masalah itu harus diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang betul, termasuk meja rundingan, arbitrasi, atau terus dibawa ke mahkamah.
“Kini terdapat konflik di mana-mana, dan situasi yang sangat tidak stabil. Sebagai contoh, konfrontasi antara Amerika Syarikat dan China..kita semua terlibat walaupun kita bukan sebahagian darinya. Apabila dua gergasi bergaduh, akhirnya rumput yang menjadi mangsa pijakan.
“Atas sebab itu kita perlukan satu perintah dunia yang baharu (new world order). Yang ada sebelum ini kesemuanya gagal kerana kita berfikir pertelingkahan boleh diselesaikan dengan peperangan. Kali terakhir perang dunia berlaku, hampir tujuh juta manusia terbunuh, tetapi akhirnya kita tidak mencapai apa-apa,” ucapnya lagi.
Dr Mahathir merupakan pemimpin dunia pertama yang berucap di Persidangan Nikkei kali ini, yang mana ianya bertemakan - “Seeking A New Global Order - Overcoming The Chaos”.
Mengambil contoh sejarah konfrontasi antara negara ASEAN dahulu, Dr Mahathir berkata, Malaysia juga mempunyai sejarah dengan beberapa negara jiran, termasuk Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand.
“Apabila kami (negara-negara ASEAN) mencapai kemerdekaan dahulu, berlaku banyak konfrontasi serius.
“Tetapi akhirnya ASEAN kini merupakan rantau yang sangat stabil. Segala pertelingkahan dibawa ke meja rundingan, bukan peperangan. Dan akhirnya rantau ini menjadi sangat aman, dan ekonomi berkembang pesat,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya dicontohi rantau lain, walaupun mungkin ada sedikit pengorbanan terpaksa dilakukan, tetapi akhirnya ia adalah untuk kebaikan kesemua pihak.
“Dan jika kita mahu perintah dunia baharu, kita perlu memastikan pertelingkahan diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang betul, agar kita terus dilihat sebagai manusia yang bertamadun,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Thu May 30 2019
Dr Mahathir merupakan pemimpin dunia pertama yang berucap di Persidangan Nikkei kali ini, yang mana ianya bertemakan - -Seeking A New Global Order - Overcoming The Chaos-. GAMBAR BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid
Dr Anuar Ahmad, Felo Bersekutu, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, MINDA UKM
Tinggal anak usia 1, 6 tahun sendirian di rumah, tukang urut wanita dipenjara
Seorang wanita dihukum penjara sebulan selepas mengaku mengabaikan dua anak lelakinya termasuk seorang bayi berusia 14 bulan.
Nicol David terima sijil daripada Harvard Business School
Nicol Ann David menerima sijil berprestij daripada Program Sijil Dalam Talian Harvard Business School setelah menamatkan kursus "Power and Influence for Positive Impact."
SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururawat esok
Pertemuan esok akan melibatkan lima kesatuan jururawat yang telah menyatakan kesediaan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan arahan baharu.
Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Pelabur Amerika Syarikat masih tunggu dan lihat
Pelabur Amerika masih menilai impak sebarang tarif yang akan dilaksanakan oleh bakal Presiden Donald Trump, yang dijangka mempunyai kesan positif dan negatif.
Syarikat Mexico mula merasai impak ancaman Trump
Kenyataan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengenakan tarif 25% peratus kepada import dari Mexico sudah pun menjejaskan daya saing dan kebolehan syarikat negara itu untuk menarik pelaburan asing.
Rusia-ASEAN: Malaysia perkukuh hubungan dua hala untuk transformasi digital
Malaysia memperkukuh hubungan dengan Rusia dan negara lain untuk memacu transformasi digital, termasuk keselamatan siber, AI perubatan, dan pembangunan pusat data, selaras dengan aspirasi NIMP 2030.
Kenanga Research semak turun unjuran keuntungan 10 peratus
Kenanga Research menyemak turun unjuran keuntungan bersih Pharmaniaga bagi tahun kewangan 2024 susulan keputusan suku keempatnya yang tidak memenuhi jangkaan.
Persidangan Nikkei: Selesaikan konfrontasi dengan perang itu cara primitif - Tun Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sebarang pertelingkahan antara negara tidak harus sampai ke peringkat peperangan.