Persidangan Parlimen yang dijadualkan diadakan selama sehari pada 18 Mei ini adalah sah dari segi undang-undang.
Menurut pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan persidangan Parlimen perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas sidang terakhir diadakan.
Beliau memberitahu, tidak ada mana-mana klausa dalam Perlembagaan yang menyebut mengenai jumlah hari persidangan atau mengenai perbahasan.
"Ini bermaksud persidangan pada 18 Mei ini adalah menepati peruntukan Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan kenyatan media yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah tidak menyalahi peraturan," katanya ketika temubual di Astro AWANI melalui Skype di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya pada Rabu berpendapat persidangan Parlimen yang diadakan selama sehari pada 18 Mei tidak menepati syarat-syarat persidangan Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Shamrahayu memberitahu, dalam konteks undang-undang, perbahasan pada persidangan Parlimen kali ini hanya ditangguh dan bukannya dihalang.
Ekoran itu katanya, isu mengenai perbahasan adalah tidak wajar dipersoalkan.
Ditanya mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat, Dr Shamrahayu menjelaskan Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan agenda kerajaan perlu didahulukan.
Katanya beliau, ini bermakna usul undi tidak percaya akan diletakkan di akhir agenda selepas selesai agenda kerajaan termasuk perbahasan rang undang-undang.
Katanya, ia mungkin menjadi kekuatan kepada kerajaan untuk melupakan sebentar mengenai usul undi tidak percaya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau menambah, bidang kuasa Parlimen hanya membenarkan ahli Dewan Rakyat itu untuk menentukan undi tidak percaya dan bukannya menyatakan kepercayaan kepada individu lain untuk menjadi perdana menteri.
"Kalau menyatakan kepercayaan kepada individu yang selain daripada perdana menteri adalah tidak sah di bawah sistem kita kerana kepercayaan untuk menjadi perdana menteri adalah di bawah kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Thu May 14 2020
Dr Shamrahayu A Aziz memberitahu, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan persidangan Parlimen perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas sidang terakhir diadakan. - Gambar fail
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Lebih 19 individu minat jawatan CEO ISN - Hannah
Pihaknya menerima lebih 19 permohonan untuk jawatan tersebut, melibatkan penjawat awam dan orang awam dari pelbagai latar belakang.
Angka kematian kebakaran hotel Turkey meningkat ke 76 orang
76 maut dalam kebakaran resort ski Bolu, Turkey. Pihak berkuasa jalankan ujian DNA, 9 individu ditahan. Punca kejadian masih disiasat
Trump mulakan penggal baharu, populariti 47 peratus
Seramai 47 peratus rakyat Amerika menyokong kepimpinan Donald Trump semasa beliau memulakan penggal baharu di Rumah Putih minggu ini, menurut tinjauan Reuters/Ipsos yang selesai pada Selasa.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Qatar mahu PM kembali mentadbir di Gaza
PM Qatar menyeru Pihak Berkuasa Palestin kembali mentadbir Gaza selepas perang, menegaskan hanya penduduk Gaza berhak menentukan masa depan wilayah itu.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Lebih 2,400 trak bantuan masuki Gaza
Hampir 900 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada Selasa, hari ketiga gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tiada isu penjarahan besar berlaku.
Jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza dalam tiga hari ini telah melebihi 2,400 unit.
Jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza dalam tiga hari ini telah melebihi 2,400 unit.
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal
Muhannad Hadi, wakil PBB, gembira melihat penduduk Gaza mula bersihkan kawasan dan kembali ke tempat asal tanpa bergantung kepada bantuan kemanusiaan.
WEF 2025: Malaysia belum ada keperluan mendesak guna tenaga nuklear - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum ada “keperluan mendesak” untuk menerima guna tenaga nuklear kerana masih melihat banyak potensi dalam tenaga solar dan Grid Kuasa ASEAN (APG). Bagaimanapun, beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
Persidangan Parlimen 18 Mei ini sah - Pakar Perlembagaan
Persidangan Parlimen yang dijadualkan diadakan selama sehari pada 18 Mei ini adalah sah dari segi undang-undang.
Persidangan Dewan Rakyat perlu dahulukan perkara utama - MBM
Pengerusi Biro Perundangan, Advokasi, dan Hak Asasi MBM Mohd Fared Mohd Khalid berkata persidangan perlu mengikut fasal keutamaan memandangkan ia hanya bersidang satu hari sahaja.