Pertemuan anggota Parlimen Lembah Pantai (MP) Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram iaitu anak perempuan kepada Jamalul Kiram III dipersoal beberapa ahli politik negara termasuk daripada
pembangkang.
Sebahagian daripada mereka membidas perbuatan Naib Presiden PKR itu kerana ia melukai perasaan penduduk Sabah terutamanya di Lahad Datu yang menerima kesan buruk insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina pada 2013, berikutan arahan Jamalul Kiram III.
Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Putatan Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh berkata beliau khuatir jika gambar mengenai pertemuan itu akan menimbulkan banyak spekulasi buruk daripada rakyat.
"Dia (Nurul Izzah) sebagai ahli Parlimen Malaysia, kalau dia prihatin kepada rakyat Malaysia dan rakyat Sabah kita sambut dengan baik. Kalau tidak, kalau ada udang di sebalik batu melalui perjumpaan itu, kita mahu Nurul Izzah beri penjelasan dan dibawa ke Parlimen," katanya kepada Bernama.
Gambar mengenai pertemuan beliau itu dimuat naik oleh Jacel pada 9 Nov di akaun Facebook beliau.
Anggota Parlimen BN kawasan Libaran Datuk Juslie Ajirol pula berkata Nurul Izzah perlu tampil dengan penjelasan yang sewajarnya kerana mengadakan pertemuan itu ketika negara sedang berdepan pelbagai isu terutamanya di Sabah sejak akhir-akhir ini.
Bagi anggota Parlimen pembangkang, Wong Sze Phin @ Jimmy (DAP-Kota Kinabalu) dan Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) mereka berpendapat sungguhpun pertemuan itu bukan satu kesalahan bagi sesiapa saja untuk bergambar dengan mana-mana individu, namun dalam hubungan gambar Nurul Izzah itu, beliau perlu membuat penjelasan.
Penjelasan mengenai tujuan pertemuan itu, kata mereka perlu dibuat segera.
"Harap tak ada apa-apalah yang tersembunyi. Saya tidak tahu. Saya masih tidak tahu kena kena cari apa yang sebenarnya berlaku. Sudah pasti ada sesuatu. Kita juga perlu memahaminya," kata Sze Phin.
“Saya tak pasti. Nanti saya tanya beliau (Nurul Izzah). Jadi kita kena lihat, walaupun sekarang Sabah banyak masalah, bukan semua mahu terus bergaduh,“ kata Tien Fatt.
Sementara itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan Nurul Izzah sebagai tidak bertanggungjawab.
“Saya tengok tindakan itu boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian sekiranya ada ancaman berhubung kait kedaulatan keselamatan maruah negara kita, sekiranya ia benar,” katanya.
Sementara itu, Nurul Izzah hari ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov, apabila berada di Filipina bersama-sama dengan anggota Parlimen Batu Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR untuk bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.
Beliau berkata majlis itu dianjurkan Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia bagi Demokrasi, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.
"Mereka putuskan mengenai senarai para pemimpin yang perlu ditemui.
Antaranya calon-calon sah yang bertanding atas tiket naib presiden Jejomar Binay - dan banyak lagi pemimpin pertubuhan awam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain Jacel, pemimpin lain yang ditemui mereka termasuk bekas gabenor dan anggota kongres Batangas Hermilando Mandanas, anggota kongres Regina Reyes, anggota kongres Silvestre Bello, dekan undang-undang Amading Valdez, bekas anggota kabinet Romy Nery, dan bekas setiausaha kehakiman Wencie Andanar dan anggota kakitangan naib presiden Flipina dan datuk bandar Manila.
"Dalam pertemuan itu, saya tekankan mengenai sokongan kami kepada inisiatif kerajaan Malaysia dalam rundingan damai di selatan Filipina. Saya ingin mengulangi sokongan saya dalam mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia," katanya.
Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pertempuran tercetus pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo.
Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.
Sehari selepas itu, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh semasa bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.
Bernama
Thu Nov 19 2015
![Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dipersoal ahli politik termasuk pembangkang Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dipersoal ahli politik termasuk pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441711455_NURULIZZAH.jpg)
Sebahagian daripada anggota parlimen membidas perbuatan Naib Presiden PKR itu kerana ia melukai perasaan penduduk Sabah terutamanya di Lahad Datu
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dipersoal ahli politik termasuk pembangkang Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dipersoal ahli politik termasuk pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441711455_NURULIZZAH.jpg)
Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dipersoal ahli politik termasuk pembangkang
Sebahagian daripada anggota parlimen membidas perbuatan Naib Presiden PKR itu kerana ia melukai perasaan penduduk Sabah terutamanya di Lahad Datu.