Suasana di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang hari ini kecoh apabila seorang lelaki bertindak membakar bilik doktor dalam kejadian petang Isnin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, suspek yang berusia 30-an itu dipercayai mengalami masalah mental melakukan tindakan tersebut dengan menyimbah minyak petrol menyebabkan doktor dan pembantunya melecur di beberapa bahagian badan.
Menurut, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain pihaknya menerima panggilan jam 4.55 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
Bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati api berjaya dipadamkan melalui sistem 'sprinkler' secara automatik di bilik berkenaan sebelum ketibaan pasukan bomba.
Menurut pihak bomba, hanya 50 peratus bilik itu terbakar.
Siasatan awal mendapati ketika kejadian terdapat doktor dan pembantunya di dalam bilik berkenaan.
"Dalam kejadian ini kita dimaklumkan ada cubaan membakar dari suspek dengan menyimbah minyak dalam bilik doktor.
"Suspek bagaimanapun berjaya membakar dan menyebabkan kebakaran dalam bilik. Apabila kebakaran tercetus, ia kena pada sistem sprinkler, dan api dipadamkan dengan serta merta," katanya.
Difahamkan doktor dan pembantunya mengalami kecederaan selepas bergelut dengan suspek ketika cuba menghalang tindakan lelaki itu yang mahu membakar bilik berkenaan.
Doktor lelaki berusia 50-an melecur kira-kira 30 peratus pada badan, manakala jururawat berusia 30-an melecur lima peratus di bahagian muka dan badan.
Tiga jururawat yang lain masing-masing cedera ringan pada jari, dan suspek turut mengalami kecederaan di tangan dan dada.
Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan dan ditempatkan di wad hospital berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, polis sudah menahan suspek dan masih menyiasat sama ada dia mempunyai masalah mental atau sebaliknya.
Astro Awani
Mon Sep 03 2018
Suspek yang dipercayai mengalami masalah mental melakukan tindakan tersebut dengan menyimbah minyak petrol ke bilik tersebut.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Bakar suami sebab kuat main judi 'online'
Siasatan awal mendapati pelaku melakukan perbuatan itu kerana konflik rumah tangga.
Kedutaan Sweden di Iran, Iraq dibanjiri protes
Ia susulan insiden membakar kitab suci al-Quran di luar masjid di Stockholm pada Rabu oleh seorang pelampau di Sweden.
Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil
Tertuduh bertindak membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di sebuah kebun kelapa sawit 22 Mei lalu.
Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung
Tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Turkiye kutuk tindakan cemar al-Quran, bendera di Denmark
Insiden itu yang dilakukan semasa bulan suci Ramadan.
ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm
ISESCO pada Ahad mengecam "tingkah laku biadab" membakar naskhah al-Quran oleh pelampau di Stockholm.
Polis buru lelaki bakar mesin ATM
Siasatan awal mendapati suspek telah memasuki ke dalam bilik menempatkan ATM berkenaan sebelum menyalakan api.
Petua makan bawang putih ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan
Salah satu petua untuk kekal sihat adalah menggunakan bawang putih.
Lebih 30 penduduk kampung termasuk kanak-kanak dibunuh, dibakar
tentera Myanmar mendakwa mereka terpaksa melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pengganas yang lengkap bersenjata di kampung tersebut.
Polis siasat kejadian Al-Quran dibakar di Kluang
Polis sedang menyiasat kejadian senaskah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian.