Pemandu-pemandu yang dikenakan saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih perlu menjelaskan kompaun meskipun pendakwaan bagi kes AES telah ditangguhkan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat pada Selasa berkata, ini kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah trafik tersebut dibuat mengikut peruntukan undang-undang.
Berikut merupakan 14 lokasi sedia ada di mana AES masih diteruskan:
1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS - Slim River (Arah Utara)
2. KM 7 Jalan Maharajalela - Teluk Intan (Arah ke Bagan Datoh)
3. KM 91 Jalan Ipoh - Butterworth (Arah ke Selatan)
4. KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar (Persimpangan Kg Kerdah)
5. KM 85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
6. KM 204.6 Lebuhraya PLUS - Taiping (Arah ke Utara)
7. Jalan Pasir Putih - Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
8. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
9. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)
10. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
11. KM 301.6 Lebuhraya PLUS - Kajang (Arah ke Utara)
12. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
13. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
14. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
Sementara itu, anggota parlimen Seputeh, Teresa Kok (DAP) menggesa Kementerian Pengangkutan menghentikan pelaksanaan AES serta mengkaji semula penguatkuasaannya.
"Saya merasa hairan apabila menerima jawapan Parlimen daripada Menteri Pengangkutan hari ini bahawa AES masih dilaksanakan di 14 lokasi yang sedia ada," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Jelasnya, selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan penangguhan pendakwaan terhadap pesalah AES, ramai yang menganggap pelaksanaannya telah ditangguhkan dan tidak membayar kompaun yang dikenakan.
"Memandangkan pelaksanaan AES telah mendatangkan reaksi yang begitu kuat daripada para pemandu kereta dan ia telah mencetuskan begitu banyak masalah, saya minta Menteri di Kementerian Pengangkutan menghentikan pelaksanaan dan mengkaji semula pelaksanaan AES di seluruh Malaysia demi slogan 'rakyat didahulukan'," tambah beliau.
Pada 19 Disember 2012, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk meneliti perkara berkaitan saman yang dikeluarkan melalui AES.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan berkata langkah itu diambil berikutan kebimbangan yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung undang-undang dan perkara teknikal.
Beliau berkata semua prosiding mahkamah yang berkaitan juga dibekukan sehingga kebimbangan berkenaan selesai ditangani.
Mengenai empat keputusan kes saman yang dilepas tetapi tidak dibebaskan, Abdul Gani berkata ia akan dikaji semula dan didaftarkan kembali jika pendakwaan perlu dilakukan.
Haider Yutim
Mon Jul 01 2013
AWANI 7:45 [15/11/2024] – Pendidikan dan latihan kepada masyarakat | Individu lindungi lombong bauksit | Maruah sang saka biru tercalar
Laporan berita padat dan ringkas AWANI745 bersama Syaff Shukri
1. Demokrasi pendidikan, kunci utama cabaran AI global
2. SPRM serbu lombong bauksit, tiga individu ditahan, termasuk pegawai kerajaan
3. Ketua Polis Negara bimbang, polis jadi penjenayah
4. Masih ramai tak serik, setiap tahun mangsa jenayah dalam talian meningkat
1. Demokrasi pendidikan, kunci utama cabaran AI global
2. SPRM serbu lombong bauksit, tiga individu ditahan, termasuk pegawai kerajaan
3. Ketua Polis Negara bimbang, polis jadi penjenayah
4. Masih ramai tak serik, setiap tahun mangsa jenayah dalam talian meningkat
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
AWANI Ringkas: Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.
Anwar akan sertai Dialog Informal Pemimpin APEC, mesyuarat dua hala hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Dialog Informal Pemimpin APEC.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit berada di bawah paras 1,600
Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran.
Dialog Anak Muda: Isu buli, sampai bila?
Gagal ambil iktibar jenayah buli meragut nyawa, masa depan golongan muda dan negara tergadai?
Tiada akta khusus bendung jenayah buli, pesalah kebal hukuman?
Jenayah buli semakin menjadi-jadi, program pendidikan bagi cegah buli masih belum memadai?
Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini
Tiada akta khusus bendung jenayah buli, pesalah kebal hukuman?
Jenayah buli semakin menjadi-jadi, program pendidikan bagi cegah buli masih belum memadai?
Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini
Pemilik kenderaan boleh pertikai saman ekor
Nik Ahmad Kamal berkata penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman di mahkamah.
Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.
PAC kesal laporan jawatankuasa berkaitan AES tidak dinyahklasifikasi sepenuhnya
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya telah mengesyorkan agar laporan yang diletakkan sebagai 'Rahsia Besar' itu dinyahfklasifikasi pada 23 Nov tahun lepas.
Penyumberluaran projek AES kepada swasta tidak wajar - PAC
Wong Kah Woh berkata projek itu sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan ATES serta Beta Tegap.
ASEAN, EAS perlu rumus hala tuju baharu bagi hadapi pandemik akan datang - PM
ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang, kata Perdana Menteri.
PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.
UNSC perlu jujur tangani konflik Israel-Palestin - Muhyiddin
Perkara itu disuarakan perdana menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini.
Lebih 100 kanak-kanak di India mati akibat 'radang otak' selepas makan buah laici
Lebih 100 kanak-kanak di Bihar, India mati akibat daripada radang otak yang dipercayai berpunca daripada toksin yang terdapat pada buah laici.
Deklarasi Bangkok banteras bahan buangan laut dalam ASEAN
- Dalam usaha untuk membanteras bahan buangan marin di rantau ini, negara-negara anggota ASEAN hari ini bersetuju mengemukakan Deklarasi Bangkok untuk pertimbangan dan kelulusan pemimpin-pemimpin ASEA
Kementerian Pertahanan lapor SPRM berhubung projek AES
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan pelaksanaan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu.