Seorang pembantu kedai kek hari ini dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah melakukan kontak fizikal dengan memeluk dari belakang seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun, bulan lepas.
Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan Mohd Nazrin Rabuan, 21, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia tangkap pada 31 Julai lepas.
Tertuduh merupakan pesalah pertama di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas akta itu dikuatkuasakan tahun ini.
Dia melakukan perbuatan itu di sebuah hotel, di Bandar Puteri Puchong, Puchong, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi, pada 20 Julai lepas.
Mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan itu membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
Menurut fakta kes, mangsa mengenali kawan tertuduh melalui aplikasi WeChat dan pada hari kejadian remaja perempuan itu telah mengikut kawannya dan tertuduh serta bermalam di hotel tersebut.
Pada jam 3 pagi, remaja itu menangis dan apabila dia minta dihantar pulang, tertuduh datang lalu memeluk mangsa dari belakang.
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon maaf atas perbuatannya dan dia juga kesal atas kejadian itu.
Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal .
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2017

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon maaf atas perbuatannya dan dia juga kesal atas kejadian itu. - Gambar hiasan

Selangor wujud garis panduan amalan tarekat tahun ini - Exco Agama
Kerajaan Selangor akan mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan yang bertentangan dengan akidah.

HUAWEI MATE XT Ultimate Design dilancarkan di Malaysia, tawar teknologi tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

2 pelajar universiti lakukan hubungan sejenis dihukum sebat secara terbuka di Aceh
Sebuah mahkamah di wilayah Aceh pada Isnin menjatuhi hukuman sebat secara terbuka ke atas dua lelaki selepas mereka mengaku bersalah melakukan hubungan sejenis, kata seorang pegawai.

Penolong jurutera kanan didakwa terima RM270,400 berkaitan kerja rasminya
Seorang penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan didakwa menerima wang berjumlah RM270,400 yang berkaitan dengan kerja rasminya.

'Tunggu khabar gembira mengenai Yassin beberapa minggu lagi’ - Azlee
Pelawak senior yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee akhirnya berkongsi khabar gembira mengenai sahabatnya, Yassin Yahya atau Yassin Senario.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
AWANI Ringkas: Logo Halal: KPDN bincang Jakim keperluan naikkan hukuman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.

MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.

Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.

Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.

Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.

SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.