Sebuah pesawat Eurocopter EC725 diterbangkan ke kawasan Laban Rata di Gunung Kinabalu untuk membantu usaha menyelamatkan pendaki yang terkandas susulan gempa bumi sederhana yang menggegarkan beberapa kawasan di Sabah Jumaat pagi.
Ini dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui catatan di laman Twitter sebagai menjawab permintaan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun.
Menurutnya, pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia itu turut membawa bekalan makanan dan minuman untuk mereka yang terkandas.
Masidi sebelum itu meminta helikopter tentera yang mampu beroperasi dalam keadaan cuaca ekstrim dihantar untuk kerja menyelamat.
Hishammuddin menegaskan kementeriannya dan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada Sabah.
BACA:
Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah
'Bagai ada tangan gergasi yang menggoncang katil' - warga Sabah
Gempa Sabah: JBPM Sabah gerak operasi menyelamat pendaki di Gunung Kinabalu
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 16 km di barat laut Ranau pada 7.15 pagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Selain Ranau, gegaran turut dirasai di lokasi seperti Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Susulan insiden itu, Taman-Taman Sabah membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu, Jumaat.
Sementara itu, sumber daripada Taman Negara Kinabalu berkata terdapat 138 pendaki terkandas di gunung itu.
LIHAT: ALBUM GEMPA BUMI RANAU
Bernama
Fri Jun 05 2015
Sebahagian daripada 30 malim Gunung Kinabalu bersiap sedia untuk misi menyelamat bagi membawa turun pendaki-pendaki yang terkandas di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu di sini akibat gempa bumi di Sabah pagi tadi. - Foto Bernama
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
COP29: Peranan institusi kewangan dan cabaran pembiayaan hijau di ASEAN
Di COP29 di Baku, Azerbaijan, kewangan iklim terus menjadi tumpuan utama. Selain peruntukan oleh kerajaan, keterlibatan institusi kewangan juga memainkan peranan penting. Editor kanan Dzulfitri Yusof berbincang dengan Ketua Kelestarian Perniagaan UOB Bank, Melissa Moi, mengenai realiti produk pembiayaan kewangan di rantau ASEAN dalam konteks pembangunan mampan serta risiko dan cabarannya.
Jiwa SME: Glide Technology Sasar Jualan RM30 Juta dengan Minyak Transformer Ester Minyak Sawit
Glide Technology Sdn Bhd menyasarkan untuk meraih jualan sebanyak RM30 juta dalam tempoh lima tahun hasil pengkomersialan minyak transformer berasaskan ester minyak sawit yang dihasilkan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Presiden dan Pengasas Glide Technology, Datuk Muhazli Muhamad, menyatakan jualan ini akan diperoleh daripada pasaran Malaysia serta eksport di negara serantau. Kerjasama dengan MPOB akan memanfaatkan sumber minyak sawit negara untuk menghasilkan produk yang mematuhi piawaian ESG global. Pelaburan awal sebanyak RM9 juta akan digunakan untuk membangunkan kemudahan pengeluaran canggih di Shah Alam, dengan pengeluaran
Pertumbuhan KDNK Malaysia Suku Ketiga 2024: Analisis dan Unjuran
Dalam video ini, kami membincangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024 yang dijangka berkembang pada 5.3% tahun ke tahun. Pertumbuhan ini didorong oleh penggunaan domestik yang berterusan, peningkatan guna tenaga, dan pemulihan dalam perbelanjaan pelancong. Kami juga melihat risiko-risiko yang mungkin menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia. Tonton untuk mendapatkan analisis terperinci dan unjuran masa depan ekonomi Malaysia.
Liga Negara-Negara UEFA: Aksi cemerlang bintang Liverpool pacu kemenangan England
Jones menerima hantaran silang Morgan Gibbs-White, melakukan sentuhan menakjubkan melepasi Vlachodimos, melengkapkan kemenangan England.
Prestasi guna tenaga suku ketiga 2024
Permintaan buruh negara pada suku tahun ketiga 2024 kekal menggalakkan, dengan peningkatan berterusan jumlah jawatan sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun, menjadikan sejumlah 9.01 juta jawatan.
Pendidikan jadi asas depani cabaran AI
Dalam sesi dialog bersama pemain utama dalam industri teknologi dan digital, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengupas pandangan serta berkongsi dasar negara terkait peluang dan cabaran dalam revolusi Kecerdasan Buatan (AI). Beliau tekankan keperluan untuk dasar yang inklusif, kerjasama serantau, dan rangka kerja beretika untuk memanfaatkan potensi transformasi AI sambil kita masih menjaga nilai-nilai kemasyarakatan.
Prestasi mingguan FBM KLCI: Analisis Syed Muhammed Kifni
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman. Pada pukul 5 petang Khamis, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.82 mata untuk ditutup pada 1,600.68 daripada 1,611.50 ketika ditutup semalam. Bagaimanakah prestasi minggu ini bagi FBM KLCI? Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, Ketua Strategi MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi mingguan FBM KLCI, sektor yang mendahului dan mengalami kejatuhan, serta jangkaan hala pergerakan pasaran saham dalam masa terdekat. Beliau juga membincangkan bagaimana pengumuman KDNK suku ketiga mungkin mencorak pergerakan pasaran minggu depan.
Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG
Di sebalik kegagalan mendapatkan gol kemenangan, Perancis memastikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Itali.
Tumbuk muka pengadil, bekas presiden kelab dipenjara lebih tiga tahun
Mahkamah Turkiye menjatuhkan hukuman penjara ke atas Faruk Koca susulan serangan yang dilakukan terhadap pengadil perlawanan.
Pesawat EC725 dihantar ke Gunung Kinabalu bantu pendaki terkandas
Sebuah pesawat Eurocopter EC725 diterbangkan ke kawasan Laban Rata di Gunung Kinabalu untuk membantu usaha menyelamatkan pendaki yang terkandas susulan gempa bumi.