Selepas tular kisah 'ayam rendang perlu rangup' berikutan peserta MasterChef UK dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang disingkir kerana ayam rendangnya tidak rangup dan garing, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell bertindak 'sekolahkan' juri-juri pertandingan masakan popular itu.
Treadell menerusi Twitternya pada Selasa menjelaskan rendang "tidak pernah rangup" dan mungkin telah dikelirukan dengan ayam goreng.
"Rendang adalah hidangan ikonik Malaysia dan tidak seharusnya dikelirukan dengan Indonesia."
"Ia boleh jadi ayam, kambing atau daging lembu. Ia tidak pernah rangup dan tidak patut dikelirukan dengan ayam goreng yang kadang-kala dihidangkan dengan nasi lemak," kata Treadell.
Tweet itu ditujukan kepada kedua juri itu, Gregg Wallace dan John Torode, apabila Treadell juga tag kedua akaun Twitter mereka pada status berkenaan.
Tweet berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata merasakan bahawa Treadell adalah individu yang paling sesuai memberi perjelasan terbabit kerana beliau merupakan warga Britain yang dilahirkan dan menetap di Malaysia.
Treadell yang dilahirkan di Ipoh, Perak mula berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia sejak 2014.
BACA: Gara-gara 'ayam rendang tidak rangup', netizen serang YouTube MasterChef
BACA: 'Mak cik dan pak cik bawang' Nusantara bersatu, laman YouTube MasterChef UK dipadam
BACA: Ayam rendang 'crispy': Minta maaf sajalah, jangan ego - Chef Wan
Astro Awani
Tue Apr 03 2018

Vikki Treadell menerusi Twitternya pada Selasa membidas kenyataan juri Masterchef UK bahawa ayam rendang tidak pernah rangup. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia
Suasana panas menuju pilihan raya umum, ramai mudah terlupa mengenai titik persamaan yang menyatukan rakyat Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia 'sekolahkan' juri Masterchef UK
Treadell menerusi Twitternya pada Selasa menjelaskan rendang "tidak pernah rangup" dan mungkin telah dikelirukan dengan ayam goreng.

Ayam rendang 'crispy': Minta maaf sajalah, jangan ego - Chef Wan
Dalam temuramah bersama BBC World, Chef Wan minta dua juri MasterChef UK mohon maaf kepada Zaleha atas penilaian mereka yang tidak tepat.

'Mak cik dan pak cik bawang' Nusantara bersatu, laman YouTube MasterChef UK dipadam
Netizen Malaysia, Indonesia dan Brunei menyerang laman YouTube yang memaparkan video episod ke-13 itu, dan ia kini tidak dapat diakses.

Gara-gara 'ayam rendang tidak rangup', netizen serang YouTube MasterChef
Rakyat Malaysia tidak puas hati dengan apabila Zaleha Kadir Olpin disingkirkan kerana 'ayam rendang tidak rangup'.