Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petroliam National Berhad (Petronas) untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak berhubung hak syarikat minyak negara itu untuk mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas di negeri itu.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan relif perisytiharan yang dimohon Petronas tidak termaktub di bawah Perkara 4 (4) dan Perkara 4 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 4(4) menyatakan bahawa prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3)... tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan; dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana-mana Negeri yang akan atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama ....
Perkara 4 (3) menyatakan bahawa kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana Negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau (a) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa Negeri atau (b) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan Negeri itu.
Ahmad berkata dengan itu, relif perisytiharan yang dimohon oleh Petronas tidak terletak dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Peersekutuan tetapi terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Beliau menolak permohonan Petronas bagi kebenaran untuk memulakan prosiding terhadap kerajaan Sarawak dan memerintahkan syarikat minyak negara itu membayar RM50,000 sebagai kos kepada kerajaan Sarawak.
Sementara itu, Petronas menarik balik permohonannya bagi perintah penangguhan terhadap langkah kerajaan Sarawak untuk mula mengawal selia aktiviti huluan di negeri itu mengikut Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO) bermula 1 Julai tahun ini.
Petronas dengan itu dikehendaki mematuhi OMO dan perlu mempunyai lesen atau pajakan seperti disyaratkan menjelang 1 Julai tahun ini dan jika gagal berbuat demikian aktiviti huluan yang dijalankan Petronas akan menjadi tidak sah dan tindakan sesuai akan diambil.
Permohonan penangguhan itu didengar di hadapan panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan iaitu Hakim Ahmad dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim, selepas Hakim Ahmad menolak permohonan Petronas bagi kebenaran itu.
Panel itu kemudiannya membatalkan permohonan penangguhan itu berikutan penarikan balik permohonan itu.
Syarikat minyak negara itu memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk memulakan prosiding itu mengikut Perkara 4 (4) Perlembagaan Persekutuan pada 6 Jun, memohon perisytiharan bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) terpakai bagi mengawal selia aktiviti huluan di Sarawak.
Ia memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang telah dikuatkuasakan oleh Parliamen yang menyatakan bahawa Petronas ialah pihak pengawal selia eksklusif bagi industri huluan di seluruh Malaysia, termasuk di Sarawak.
Syarikat itu turut memohon perisytiharan bahawa Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO) secara tersiratnya telah dimansuhkan oleh PDA.
Petronas diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar manakala peguam kerajaan negeri Sarawak Datuk Sri J. C. Fong mewakili kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 22 2018

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak Bahagian Undang-Undang Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (tiga, kanan) bersama Fong (empat, kiri) di Istana Kehakiman hari ini. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Hasnah angkat sumpah jawatan Hakim Besar Malaya
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan serta taat setia sebagai Hakim Besar Malaya.

Agong serah watikah pelantikan Hakim Besar Malaya
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed di Istana Negara.

Angkara mogok, Ketua Hakim jadi 'tukang cuci' di mahkamah
Kira-kira 200 kakitangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur termasuk hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai kehakiman menyertai sesi gotong-royong di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Petronas gagal peroleh kebenaran mahkamah untuk cabar kerajaan Sarawak
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petronas untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak berhubung hak syarikat minyak negara itu.