Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sentiasa menyediakan peluang kepada pekerja syarikat minyak dan gas negara ini untuk mengembangkan kerjaya di dalam dan luar negara.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Kumpulan PETRONAS, Datuk Raiha Azni Abd Rahman berkata, pekerja juga diberi peluang untuk membuat pilihan kerjaya mengikut kecenderungan dan kepakaran masing-masing.
"Pembangunan Modal Insan adalah pelaburan yang amat penting untuk kami. Ramai pekerja kami yang telah lama berkhidmat, masih setia bekerja untuk syarikat ini.
"Pekerja kami dari segenap lapisan diterapkan dengan Nilai-nilai Bersama (Shared Values) and Budaya Korporat PETRONAS (PETRONAS Cultural Beliefs).
Tambahnya lagi, ini adalah supaya apa jua tugas yang diberikan, pekerja akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh, dengan penuh tanggungjawab.
Raiha, yang ditemui di pejabatnya menambah, PETRONAS mengambil berat peranan majikan untuk menyediakan keperluan latihan dan perkembangan kerjaya pekerja syarikat.
“Kami juga ada, antara lain, Universiti Teknologi PETRONAS yang merupakan antara universiti swasta terbaik di Malaysia dan telah memenangi banyak anugerah, Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) yang bertanggungjawab dalam melahirkan dan melatih juruteknik berkemahiran serta pengendali industri petroliam, Akademi Laut Malaysia (ALAM), institusi maritim kami dan juga PETRONAS Leadership Centre."
Jelas Raiha lagi, semua kakitangan diberi peluang yang sama untuk mencapai matlamat kerjaya masing-masing.
“Kami menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan mereka meyerlahkan potensi masing-masing dan mencapai prestasi cemerlang.”
Kecekapan PETRONAS membangunkan kemahiran dan pembelajaran kakitangannya mendapat pengiktirafan daripada salah sebuah agensi pengambilan pekerja utama dunia, Randstad.
PETRONAS telah dipilih sebagai ‘Majikan Paling Menarik di Malaysia’ untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2018 dan 2019.
Astro Awani
Wed Sep 11 2019
Raiha berkata, semua kakitangan PETRONAS diberi peluang yang sama untuk mencapai matlamat kerjaya masing-masing. - Foto PETRONAS
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.
Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
PETRONAS sediakan peluang pekerja kembangkan kerjaya
Datuk Raiha Azni Abd Rahman berkata, pekerja juga diberi peluang untuk membuat pilihan kerjaya mengikut kecenderungan dan kepakaran masing-masing.
Syarikat Malaysia dipelawa rebut peluang industri O&G di Senegal
Katanya, kerajaannya baru-baru ini menemui sebuah rizab minyak luar pesisir yang besar di luar pantai Atlantik, Afrika Barat.