Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC Carigali Mexico Operations S.A. de C.V. (PCCMO) mengumumkan dua penemuan minyak perairan dalam di Mexico dari telaga penerokaan Polok-1 dan Chinwol-1 di Block 29, terletak di Salina Basin, luar pesisir Mexico.
Bulan lepas, syarikat itu mengumumkan penemuan minyak di telaga penerokaan Monument, luar pesisir Teluk Mexico Amerika Syarikat.
"Ia merupakan pencapaian penting kepada Petronas dan usahanya di Amerika. Kami gembira dengan dua penemuan yang membuktikan tumpuan kami yang berterusan dalam mencari peluang untuk meningkatkan sumber dan portfolio rizab kami di lembangan Mexico yang produktif.
"Bersama dengan rakan kongsi, kami berharap dapat menilai data untuk menentukan potensi komersial penemuan ini," kata Naib Presiden Penerokaan dan Huluan Petronas Emeliana Rice-Oxley dalam kenyataan hari ini.
Telaga Polok-1 selamat digerudi dengan kedalaman 2,620 meter dan menemui minyak 200 meter di takungan klastik laut dalam Lower Miocene.
Sementara itu, telaga Chinwol-1, terletak 12 kilometer dari Polok-1, digerudi dengan kedalaman 1,850 meter dan menemui minyak 150 meter di formasi Pliocene.
Penggerudian telaga penerokaan Polok-1 telah bermula dari 29 Feb, 2020, serentak diikuti penggerudian telaga Chinwol-1.
Telaga Polok-1 dan Chinwol-1, masing-masing terletak di kedalaman 584 meter dan 464 meter, kira-kira 75 kilometer barat laut Tabasco.
Melalui PCCMO, Petronas kini mempunyai kepentingan di 10 blok penerokaan meliputi tiga lembangan utama Mexico, dengan jumlah kawasan kira-kira 22,000 kilometer persegi, dan PCCMO adalah pengendali lima daripada blok tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020
Melalui PCCMO, Petronas kini mempunyai kepentingan di 10 blok penerokaan meliputi tiga lembangan utama Mexico. Gambar fail
GRAB Malaysia buka peluang kepada OKU, wanita
Grab Malaysia kekal komited dalam memupuk keterangkuman, pemerkasaan ekonomi dan kemampanan, dengan memberi tumpuan kepada membuka peluang-peluang untuk direbut Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita dalam ekonomi gig.
Minyak Brent diunjur turun kepada USD77 setong pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menurunkan unjuran harga minyak Brent 2025 kepada US$77 setong daripada USD80 setong dan USD74 setong pada 2026 susulan unjuran permintaan yang lebih lemah pada 2025, terutamanya pada separuh pertama tahun ini.
Malaysia-India perkukuh perdagangan digital dua negara
Majlis Digital Malaysia-India (MIDC) dirasmikan bagi menerajui inisiatif dalam perdagangan digital, pertukaran teknologi termasuk mobiliti bakat antara Malaysia dan India.
Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.
Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya dalam permohonannya untuk menghalang blogger Papagomo daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat yang disyaki terlibat sindiket pemalsuan dokumen geran hak milik tanah, yang ditahan SPRM Johor, direman enam hari.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan Yap Xin Yuan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan yang mayatnya ditemukan alam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
Kerajaan komited kurangkan pekerja asing dalam industri perikanan
Kerajaan memperuntuk RM150 juta kepada Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan Dana Jaminan Makanan untuk transformasi nelayan tradisi ke laut dalam.
Petronas temui minyak perairan dalam di Salina Basin, luar pesisir Mexico
Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC Carigali Mexico Operations S.A. de C.V. (PCCMO) menemui dua penemuan minyak perairan dalam di Mexico.
MH370: Mencabarnya, dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali KLCC
Misi mencari MH370 bertambah rumit dengan jangka hayat kotak hitam yang kini hanya tinggal sekitar dua minggu sahaja lagi.