Dakwaan pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam sedang disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha untuk menimbulkan kekacauan dalam masyarakat dan pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan.
"Saya ingin menegaskan bahawa Islam adalah agama rasmi Pulau Pinang sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Sebarang usaha untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama adalah tidak wajar dan tiada ruang untuk bertolak ansur.
"Ini adalah bagi menjamin keharmonian hidup dalam suasana masyarakat yang beragama di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui terdapat aktiviti pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Mujahid berkata perkara itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada Jabatan Agama Islam negeri, Jabatan Pendidikan negeri serta Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 07 2018

Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan kes beberapa individu mengedarkan Bible di sebuah sekolah. - Foto: @bernamadotcom

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Peruntukan BSAR di Pulau Pinang perkasa, terus majukan sekolah agama
Peruntukan RM4.61 juta bagi Bantuan Sekolah Agama Rakyat (BSAR) Pulau Pinang yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam akan memperkasa serta terus memajukan institusi itu.

Perlu rujuk MAINPP untuk program lawat rumah ibadat bukan Islam
Ia bagi memastikan penganjur mematuhi semua garis panduan termasuk perkara yang boleh serta tidak boleh dilakukan pada program itu.

Bandar pintar Bertam dijangka berpotensi kurangkan 69.7 peratus tenaga dan pelepasan karbon
UKM dengan kerjasama Jinko Solar Technology Sdn Bhd mengorak langkah dalam membangunkan bandar pintar tenaga ini.

Kerajaan P.Pinang ambil kira pendapat penduduk berhubung CLQ di Bertam
Ia merupakan antara pendekatan kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat atau membangunkan sesuatu projek.

Individu tidak puasa di P. Pinang boleh didenda RM1,000, dipenjara
Kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Tiga kadar zakat fitrah di Pulau Pinang
Tiga kadar zakat fitrah untuk setiap seorang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang ialah RM7, RM13 dan RM20.

P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.

P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah
Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.

Pulau Pinang benarkan ibadah korban dengan SOP ketat
Pulau Pinang membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di masjid, surau dan di pusat sembelihan.

PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan.