Pihak berkuasa telah digerakkan untuk menyiasat kejadian sebilangan penduduk yang dilapor menggali kepak ayam yang dibuang di Bukit Aup hari ini.
Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata pihak berkuasa akan mengambil langkah untuk menghalang orang ramai daripada mendapatkan kepak ayam berkenaan yang dibuang pihak penguat kuasa Jumaat lalu.
"Kita menasihatkan mereka yang mengambil sayap ayam itu agar tidak memakannya kerana kita tidak tahu sumber dan kualiti kepak-kepak ayam itu," katanya dalam satu kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai perkara itu seperti yang dilapor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris dalam edisi atas taliannya hari ini.
Laporan itu menyebut beberapa penduduk kampung sekitar Bukit Aup datang ke kawasan pembuangan itu dan menggali syap-sayap ayam yang ditanam di dalam tanah selepas mereka mengetahui mengenai pembuangan bahan-bahan itu.
Laporan tersebut beserta gambar pembuangan dan video orang ramai sedang menggali menjadi tular menerusi media sosial.
Para netizen melahirkan rasa kecewa dengan tindakan para penduduk dengan berkata memakan sayap-sayap ayam berkenaan boleh membahayakan kesihatan mereka.
"Ia tidak elok untuk dimakan setelah ditanam beberapa hari. Mereka tidak patut menggalinya," kata pengguna Facebook, Joseph Setu.
Seorang lagi pengguna Facebook, Emily Sangan bimbang sayap-sayap ayam berkenaan akan turut dijual di pasar.
"Ia boleh dicampur dengan sayap ayam yang lain oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Jalil Unjar pula berkata berkata betapa mereka suka dengan sayap ayam, mereka tidak sepatutnya menggali semula sayap ayam yang dibuang.
Dipercayai beberapa buah lori membawa sayap ayam sejuk beku yang diimport daripada New Zealand untuk dibuang dalam lubang besar yang kemudian ditimbus. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017

Longgokan kepak-kepak ayam yang didakwa dibuang pihak penguat kuasa di sini. - Gambar FB Kamek Miak Sarawak
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.