Kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan program Dr Zakir Naik di Malaysia masih menunggu jawapan daripada pihak polis samada program ceramah yang dijadualkan berlangsung pada 17 April ini dapat diteruskan.
Pengarah Program Ceramah Dr Zakir Naik 2016, Abu Shariz, berkata status pembatalan atau penangguhan program itu belum dapat ditentukan kerana pihaknya masih belum menerima jawapan bertulis daripada pihak berkuasa.
Jelasnya, pihaknya sudah menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung program ceramah yang akan diadakan di Universiti Teknikal Melaka (UTEM) dan masih menunggu jawapan.
"Kami bukanlah penganjur ceramah di Melaka dan itu hanya kerjasama dan pihak lain, dan setakat ini kami masih belum terima apa-apa arahan bertulis berkaitan penangguhan atau pembatalan mengenainya," katanya pada satu sidang media khas di sini, hari ini.
Tegas Abu Shariz, sekiranya wujud bantahan daripada mana-mana pihak terhadap penceramah dari india ini, mereka disaran mengemukakan surat bantahan terus kepada pihak Dr Zakir Naik.
Bagaimanapun katanya setakat ini tiada surat bantahan dikemukakan.
Sementara itu, pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu catatan di akaun Twitter peribadinya menasihati pihak penganjur membatalkan ceramah Dr Zakir Naik yang akan diadakan di UTEM pada 17 April ini.
BACA: Dr Zakir boleh ceramah tetapi bergantung kepada tajuk - KPN
Menurutnya lagi, saranan pembatalan dikeluarkan atas faktor demi ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Pada sidang media sama, Abu Shariz turut mengumumkan program ceramah di Stadium Hoki Bukit Jalil oleh Dr Zakir Naik yang dijadualkan berlangsung pada 16 April bermula jam 5 petang.
Pihak penganjur menganggarkan 25 ribu bakal hadir bagi mendengar ceramah bertajuk "Is The Quran God's Word."
Norsiah Mohd Ramli
Mon Apr 11 2016

Pengarah Program Ceramah Dr Zakir Naik 2016, Abu Shariz, berkata status pembatalan atau penangguhan program itu belum dapat ditentukan kerana pihaknya masih belum menerima jawapan bertulis daripada pihak berkuasa. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pihak Dr Zakir Naik belum terima arahan bertulis daripada polis
NGO yang menguruskan program Dr Zakir Naik di Malaysia masih menunggu jawapan daripada pihak polis samada program ceramah yang dijadualkan berlangsung pada 17 April ini dapat diteruskan.