PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan dimaklumkan hari ini bahawa pihak pendakwaan bersikap selektif ketika mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas pertuduhan pecah amanah (CBT) berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.
Peguam bela, Harvinderjit Singh berkata, dakwaan hanya dibuat terhadap Najib sedangkan pasukan penyiasat turut mengeluarkan notis merah untuk menangkap tiga individu lain - atas kesalahan sama.
Tambahnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah meminta pertolongan Interpol (polis antarabangsa) untuk mengeluarkan notis merah.
Notis tersebut adalah untuk bekas pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin dan Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan seorang individu lain.
Begitupun, ketiga-tiga individu tersebut dikatakan pergi ke luar negara selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya pada 2018.
"Antara bulan Jun atau Julai 2018, notis merah dikeluarkan terhadap ketiga-tiga individu itu kerana CBT berjumlah RM50 juta.
"Setelah mengambil kira perkara itu, pihak pendakwaan tiba-tiba memutuskan untuk mendakwa Najib," katanya.
Begitupun, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, pihak pendakwaan mempunyai budi bicara untuk mendakwa sesiapa yang mereka mahu.
Tambah Harvinderjit, Md Suboh dan Nik Faisal ialah individu yang boleh menurunkan tandatangan untuk SRC dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (syarikat dikaitkan dalam pemindahan dana SRC).
Katanya, Ketua Pegawai Eksekutif Ihsan Perdana, Datuk Shamsul Anwar Sulaiman yang diamanahkan untuk menjalankan program tanggungjawab korporat dan sosial (CSR) untuk SRC yang kemudiannya memindahkan wang itu ke akaun Najib.
"Najib tidak bertanggungjawab untuk CBT tetapi orang lain (bertanggungjawab) kerana RM50 juta telah dipindahkan," katanya.
Begitupun, katanya, pihak pendakwaan berpendapat bahawa Najib yang melakukan kesalahan itu.
Sementara itu, Abdul Karim menegur Harvinderjit kerana berulang kali menyatakan hujah yang sama.
Beliau turut mengingatkan peguam tersebut supaya memendekkan hujahnya memandangkan apa yang dihujahkan telah disebut sebelum ini.
"Anda ulang perkara sama. Lebih baik sekiranya ada kaitannya dengan CBT berbanding anda bangkitkan pekara ini kepada kami yang telah pun dilakukan (sebelum ini)," katanya.
Prosiding rayuan berlangsung di hadapan dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat.
Pada 28 Julai tahun lepas, Najib didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.
Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.
Ridauddin Daud
Thu Apr 08 2021

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, pihak pendakwaan mempunyai budi bicara untuk mendakwa sesiapa yang mereka mahu. - Astro AWANI
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.