Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) patut dipinda untuk memperkasa Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang dihasratkan Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata pindaan itu tidak kena mengena dengan hudud sebaliknya hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah.
"Hukuman denda RM5,000, penjara tiga tahun dan rotan enam kali sudah tidak lagi relevan untuk masa ini.
"Sebab itulah kita ingin pertingkat dan memperkasa Mahkamah Syariah seiring dengan apa yang dihasratkan oleh Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan dan paling penting ia tidak boleh melangkaui kuasa yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai cadangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di sini, pada Selasa.
Sesi taklimat itu dihadiri para pemimpin Barisan Nasional (BN) Kelantan termasuk MCA dan Gerakan serta para pegawai jabatan kerajaan.
"Tidak timbul langsung bahawa cadangan ini adalah satu jalan untuk membuka kepada pelaksanaan hudud kerana untuk melaksanakan hudud, kita perlu pinda Perlembagaan sekurang-kurangnya bagi tiga artikel," katanya.
BACA: Ada yang salah faham dengan usul RUU Persendirian dibentang Hadi - Najib
BACA: Usul RUU Mahkamah Syariah: Tiong Lai akan jumpa PM
BACA: Presiden MIC mahu letak jawatan, akan bawa isu kepada Kabinet
Asyraf Wajdi berkata artikel itu ialah Perkara 76A(1) yang membolehkan negeri mengubal undang-undang berkaitan dengan kuasa mereka termasuk kuasa Persekutuan, Perkara 8 yang menetapkan hak kesamarataan dan mengelakkan diskriminasi agama serta Jadual Kesembilan yang menyentuh tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"Bagi menggubal Jadual Kesembilan ini, kita perlukan pindaan Perlembagaan dengan majoriti dua pertiga.
"Yang ini, kita perlukan 148 daripada 222 (Anggota Parlimen). Dalam keadaan sekarang, kalau dicampur semua Anggota Parlimen yang beragama Islam pun hanya ada 135 orang daripada 222 orang. Ini tidak mungkin menghasilkan hudud," jelas beliau.
Oleh itu, katanya soal cadangan pindaan itu tidak seharusnya dibahaskan secara emosi tanpa ilmu dan pemahaman mendalam kerana ia boleh menimbulkan huru hara dan ketidakharmonian dalam masyarakat.
Asyraf Wajdi berkata keadaan sedemikian bukan sahaja mengelirukan mereka yang bukan Islam malah, akan menyukarkan akta itu dipinda sedangkan ia membawa kebaikan kepada perundangan Islam.
"Semua pihak harus sedar bahawa apa yang sedang berlaku hanyalah sebagai usaha untuk menaikkan kuasa Mahkamah Syariah yang telah lapuk dan ketinggalan zaman tanpa sebarang pindaan sejak 1984," tegasnya.
Khamis lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Bernama
Tue May 31 2016

Asyraf (gambar) berkata pindaan itu tidak kena mengena dengan hudud sebaliknya hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah. -Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Kelantan perlu runding semula RUU355 dengan Kerajaan Persekutuan
Kelantan perlu mengadakan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, kembali dibahaskan di Parlimen

PM, TPM wakilkan Jamil Khir, tingkatkan syiar Islam
Kedua-dua pemimpin negara itu meminta beliau untuk hadir pada perhimpunan itu demi menegakkan syiar Islam.

Ku Li tidak sokong RUU 355 kerana bertentangan Perlembagaan
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak akan menyokong apa juga rang undang-undang (RUU) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan termasuk RUU 355.

RUU355 sengaja dipolemik untuk agenda politik - Pakar undang-undang
Ada pihak tertentu cuba memburuk-burukkan usul meminda RUU355 yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menakutkan masyarakat demi agenda politik mereka.

MCA tetap bertegas tidak sokong RUU 355
Liow Tiong Lai berkata, beliau telah menerangkan pendirian parti pimpinannya berhubung RUU tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

'Jangan berlagak seperti Ahok' - Abdul Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu mengulas susulan tindakan beberapa ahli politik yang menentang pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah.

"Jangan tentang RUU 355 sebelum faham" - TPM
Pihak yang menentang usul Rang Undang-Undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) diminta memahami sebaiknya intipati RUU.

Pindaan Akta Mahkamah Syariah perkasa Islam sebagai agama Persekutuan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan itu tidak kena mengena dengan hudud sebaliknya hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah.

5 Okt keputusan permohonan bantahan awal Hadi, empat yang lain
Hakim menetapkan tarikh 5 Okt selepas mendengar hujahan peguam Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Abdul Hadi selaku defendan dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan.