Pindaan rekaan termasuk memberi nilai tambah kepada rekaan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang sebelum ini menerima kecaman daripada netizen akan diumumkan dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Rashidi Hasbullah berkata kementerian tersebut kini masih dalam proses mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Logo itu dilancarkan pada 2018, di Chiangmai dan terdapat banyak pandangan daripada orang ramai.
“Kita sedang mendapatkan pandangan dan kelulusan Perdana Menteri sama ada logo yang telah direka itu boleh dipakai atau perlu sedikit pindaan.
“Keputusan itu akan dimaklumkan kepada media nanti," kata Rashidi dalam sidang media selepas majlis Pelepasan (Flag-off) konvoi Jelajah Harapan 2019 BMW Motorrad Club (Johor Bahru-Dubai) di Pusat Pelancongan Malaysia pada Sabtu.
Beliau juga berkata bahawa kementerian tersebut membuka penyertaan kepada orang ramai untuk memberi pandangan dalam menambah baik logo yang sedia ada.
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Chiang Mai, Thailand sempena Asean Tourism pada awal tahun lalu menerima respon negatif daripada netizen.
Dalam pada itu, beliau berkata MOTAC menyasarkan seramai 28.1 juta pelancong antarabangsa akan berkunjung dan bercuti ke Malaysia pada tahun ini dengan penjanaan pendapatan pelancongan negara sebanyak RM92.2 bilion.
Jelajah Harapan 2019 (Johor Bahru-Dubai) merupakan inisiatif yang dilakukan oleh kementerian tersebut bersama BMW Motorrad Club Malaysia (MCM) bagi terus mempromosikan negara ini melalui jalan darat.
“Ramai orang ke Malaysia melalui laluan udara tetapi kita ingin mempromosikan laluan darat juga.
"Mereka akan bertemu dengan duta negara kita di luar negara dan akan berkongsi gambar sepanjang perjalanan mereka di laman media sosial.
“Jadi peserta Jelajah Harapan ini boleh membawa misi Malaysia dengan memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia," tambahnya.
Jelajah Harapan 2019 disertai enam penunggang motosikal berkuasa tinggi akan merentasi beberapa negara termasuk Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan Oman dengan melibatkan perjalanan sejauh 13,000 kilometer dan mengambil masa sebulan.
Isabelle Leong
Sat Feb 02 2019
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Chiang Mai, Thailand sempena Asean Tourism pada awal tahun lalu menerima respon negatif daripada netizen.
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
Pindaan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 akan diumumkan dalam masa terdekat - KSU MOTAC
Pindaan rekaan termasuk memberi nilai tambah kepada rekaan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang sebelum ini menerima kecaman daripada netizen akan diumumkan dalam masa terdekat.