Saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat memberitahu Mahkamah Tinggi pada Isnin bahawa jumlah pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd merupakan pinjaman paling besar pernah diluluskan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
“Pinjaman RM4 bilion adalah pinjaman terbesar yang diluluskan KWAP sepanjang saya berkhidmat di situ,” kata Amirul yang merupakan bekas Penolong Naib Presiden di Jabatan Pendapatan Tetap KWAP.
Beliau juga memberitahu KWAP menerima resolusi daripada Lembaga Pengarah SRC International pada 14 March 2012 untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion untuk membiayai aktiviti pelaburan sumber asli dan bukannya untuk aktiviti pelaburan am.
Pada 22 Mac, saksi menerima emel daripada SRC International yang mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri dan menteri kewangan telah membuat keputusan mengenai pembiayaan pinjaman tambahan itu.
Najib, selaku perdana menteri dan menteri kewangan pada ketika itu, menandatangani surat jaminan kerajaan bagi pinjaman tambahan berjumlah RM2 bilion oleh SRC International daripada KWAP.
Apabila menjelaskan mengenai dokumen perjanjian tambahan tersebut, saksi mengesahkan bahawa dokumen tersebut turut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWAP, Datuk Azian Mohd Not dan Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yassin.
Dalam pada itu, Amirul juga memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau di bawah tekanan apabila menyediakan kertas pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn. Bhd.
Amirul yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Naib Presiden di Jabatan Pendapatan Tetap Kumpulan Wang Pensaran KWAP berkata beliau diminta oleh pihak pengurusan untuk mempercepatkan permohonan berkenaan.
“Saya diminta pihak pengurusan untuk mempercepatkan permohonan itu.
“Terdapat beberapa mesyuarat yang diadakan dalam tempoh masa yang pendek. Pada kebiasaanya, jika saya terlepas satu mesyuarat, saya boleh ke mesyuarat seterusnya. Namun, untuk kes ini, saya perlu perlu hadir ke setiap mesyuarat.
“Saya di bawah tekanan untuk percepatkan pemohonan tersebut,” katanya.
Isabelle Leong
Mon May 06 2019

AMIRUL IMRAN: Pinjaman RM4 bilion kepada SRC paling besar pernah diluluskan KWAP. -Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kes SRC: Ada cara untuk buktikan pinjaman RM2b KWAP digunakan untuk tujuan lain - Saksi
Saksi memberitahu Mahkamah Tinggi terdapat cara untuk membuktikan sekiranya pinjaman RM2 bilion Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd digunakan untuk tujuan lain.

Kes SRC: Peguam Najib, saksi bertikam lidah di mahkamah
Peguam pembelaan, Harvinderjit Singh mengasak saksi Amirul Imran Ahmat berkenaan dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan KWAP untuk mendapatkan kelulusan berhubung pinjaman RM1 bilion.

Kes SRC: KWAP tiada pilihan selain luluskan permohonan pinjaman SRC - Saksi
Saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat memberitahu Mahkamah Tinggi pada Selasa bahawa panel pelaburan KWAP akan menolak permohonan pinjaman kepada SRC International, jika mempunyai pilihan.

Pinjaman RM4 bilion kepada SRC paling besar pernah diluluskan KWAP - Saksi
Najib, selaku perdana menteri dan menteri kewangan pada ketika itu, menandatangani surat jaminan kerajaan bagi pinjaman tambahan berjumlah RM2 bilion oleh SRC International daripada KWAP.

Surat SRC International mohon pinjaman RM3.95b dari KWAP hanya dua muka surat - Saksi
Amirul Imran berkata surat bertarikh 3 Jun 2011 dan ditandatangani Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil itu memohon pinjaman bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am tanpa had.