ARUS sungai yang deras menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak pelakon terkenal, Fauziah Nawi berhadapan dengan kesukaran.
Selain arus yang deras, sampah-sarap serta pokok-pokok juga menjadi cabaran buat pasukan SAR yang melakukan usaha itu.
Menurut Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir, operasi SAR yang bermula pukul 8 pagi Ahad melibatkan pencarian di permukaan dan penyelaman.
"Air deras dan arusnya laju menyebabkan kesukaran untuk menyelam selain banyak sampah sarap dan pokok-pokok, namun ia bukan penghalang untuk kita berusaha sebaik mungkin.
"Pencarian dari lokasi mangsa hilang melibatkan jarak 30 kilometer dan buat masa ini mangsa masih belum ditemui, " kata beliau seperti dilaporkan portal berita Sinar Harian.
Operasi SAR itu, kata Shahrulnizam, melibatkan 70 orang merangkumi lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin selain anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis, Raub serta polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.
Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Haniff yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas sejak Sabtu selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari.
Sementara itu, Fauziah dalam entri terbaharunya di Facebook memuat naik nota bertulis "Anaku Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif aka Pitt Hanif masih belum ditemui."
Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikut pelakon veteran itu yang menurunkan komen simpati dan berdoa agar Fauziah diberi kekuatan untuk mengharungi ujian yang besar ini.
Pada Sabtu, pelakon berkenaan dalam perbualan dengan Astro AWANI berkata, beliau buntu dan kehilangan kata-kata selepas mendapat berita kehilangan anak yang dikasihinya itu.
"Saya buntu, pelbagai perasaan sedang dirasakan. Hanya pada Allah saya mohon segala kebaikan," kata Fauziah lagi.
BACA: "Saya buntu, hanya mampu berdoa" - Fauziah Nawi kehilangan kata-kata
Astro Awani
Sun Oct 27 2019
Kerja-kerja mencari dan menyelamat Pitt Hanif masih diteruskan sekalipun pasukan keselamatan berhadapan dengan cabaran arus deras. - Gambar Astro AWANI
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Jenazah Pitt Hanif dibawa ke Kuala Lumpur
Jenazah pengarah filem mangsa kejadian lemas di Sungai Jelai, Kuala Lipis, dituntut keluarganya selepas selesai dibedah siasat di Hospital Kuala Lipis, kira-kira pukul 10.30 malam ini.
"Pitt.. damailah di sana, kami akan merindui kamu"
Rakan-rakan penggiat seni berkongsi kesedihan dengan pemergian Pitt Hanif ke rahmahtullah
Pitt belum ditemui, operasi pencarian diteruskan
Anak Fauziah Nawi, Pitt Hanif yang dikhuatiri lemas masih belum ditemui
Anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis
Pitt Haniff yang juga anak kepada pelakon tersohor tanah air, Fauziah Nawi dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu