HARI ini, seluruh penggiat industri perfileman tanah air berduka dengan pemergian sutradara Mohd Firdaus Mohamad Hanif ke rahmatullah akibat lemas ketika memancing.

Pemergian Mohd Firdaus atau lebih mesra disapa sebagai Pitt Hanif disifatkan kehilangan sebutir bintang yang amat berharga.

Allahyarham Pitt bukan hanya dikenali kerana mewarisi darah seni ibu tercinta seniwati Fauziah Nawi.

Sebaliknya, apa yang membuatkan lelaki berusia 43 tahun itu disenangi penggiat perfileman ialah kerana keperibadian Allahyarham yang sangat menawan.

Rata-rata ucapan takziah yang dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni menterjemahkan kesedihan yang sukar diterjemahkan.

Pitt disifatkan mereka seorang karyawan berjiwa besar serta meletakkan sepenuhnya kecintaan dan kasih sayang pada kerja-kerja seni.

Astro AWANI rangkumkan beberapa petikan nota takziah yang dikongsi selebriti tanah air terhadap sahabat mereka, Allahyarham Pitt Hanif.






Selamat berehat di negeri abadi Pitt. Kamu pasti akan dirindui keluarga dan rakan-rakanmu.

Al-Fatihah

BACA: Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR