Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19 bukan sahaja membawa norma baharu dalam kehidupan masyarakat tetapi turut memberi 'nafas baharu' kepada alam sekitar.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Nurul Nadrah Aqilah Tukimat, berkata pelaksanaan PKP memberi kesan yang baik secara tidak langsung terhadap kadar pencemaran udara dan pelepasan gas rumah kaca ke sistem iklim global.
Beliau berkata, ia berikutan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pembebasan karbon dioksida seperti asap kenderaan dan aktiviti perindustrian yang merupakan penyumbang karbon dioksida kedua tertinggi di Malaysia iaitu 23 peratus dapat dikawal kepada tahap minimum.
Menurutnya, ini terbukti melalui rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang secara purata di bawah tahap sederhana iaitu kurang daripada 60, manakala di Kuantan (Pahang), Tanjung Malim (Perak), Paka (Terengganu), Alor Setar (Kedah), Kangar (Perlis) dan beberapa kawasan di Sarawak mencatatkan IPU di bawah 50 iaitu di tahap baik.
"Penurunan kadar pembebasan gas rumah hijau dalam tempoh PKP ini memberi ruang kepada sistem iklim untuk bernafas dan baik pulih tahap pencemaran sedia ada," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Nurul Nadrah Aqilah turut mengingatkan orang awam supaya menggunakan tenaga elektrik secara berhemah dalam membantu mengurangkan impak perubahan iklim.
Sementara itu, mengulas mengenai kejernihan air sungai di Lembah Klang selepas PKP, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Dr Mohd Yusoff Ishak, berkata ia menunjukkan ada aktiviti yang menyumbang kepada kekeruhan sungai terhenti semasa PKP.
Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata antara aktiviti yang berkemungkinan menyumbang ialah kerja pembangunan tanah dan pelepasan sisa basuhan terus ke longkang seterusnya ke sungai.
"Apabila kedua-dua aktiviti ini dihentikan, hasilnya sungai kelihatan lebih bersih," kata beliau yang turut berpendapat selain daripada kejernihan air, beberapa parameter lain harus diukur bagi mengesahkan laporan bahawa sungai semakin pulih.
Tambah beliau, bagi mengekalkan perubahan baik terhadap alam sekitar, manusia harus terus mengamalkan norma baharu iaitu mengurangkan penggunaan kenderan persendirian, mengelakkan pelepasan terus sisa ke sungai selain menghentikan kacau ganggu terhadap ekosistem seperti hutan yang mengandungi spesies sensitif.
Seorang aktivis alam sekitar, yang juga penggiat seni, Maya Karin ketika dihubungi pula berpendapat cabaran selepas ini adalah untuk mengekalkan kebersihan sungai selepas tempoh PKP.
"Jangan kita terlalu gembira sebaliknya jadikan ini pengajaran buat semua...mungkin kita boleh ingatkan anak-anak misalnya supaya sentiasa menjaga kebersihan sungai dan mengekalkannya sama seperti kita peroleh ketika PKP ini," katanya.
Media sebelum ini melaporkan menurut Global Environment Centre (GEC), jelas dapat dilihat perbezaan yang berlaku khasnya terhadap sungai-sungai di Lembah Klang yang dahulunya berwarna coklat, kini bertukar menjadi jernih.
Antara sungai yang kelihatan jernih sejak pelaksanaan PKP adalah Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kemunsing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 18 2020

Keadaan jalan utama di ibu kota yang lengang berbanding hari biasa ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan terhadap rakyat di negara ini. Foto: Bernama
Empat hari bekerja: Majikan perlu kreatif agar produktiviti tidak terkesan
Cadangan minggu kerja empat hari semakin mendapat perhatian, dengan kajian menunjukkan ia tidak menjejaskan produktiviti. Namun, majikan perlu lebih kreatif dalam melaksanakannya mengikut kesesuaian industri.
Pemimpin politik perlu bertindak sebagai jambatan perpaduan - Sultan Pahang
Dalam satu majlis perasmian masjid di Jerantut, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menekankan pentingnya pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan.
Baginda menyeru agar pemimpin berhenti mempolemikkan isu raja, agama, dan kaum (3R) yang boleh mencetuskan perbalahan.
Baginda menyeru agar pemimpin berhenti mempolemikkan isu raja, agama, dan kaum (3R) yang boleh mencetuskan perbalahan.
[TERKINI] SPRM tahan 16 individu berkait kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 16 individu yang disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan pendaftaran lewat kelahiran dan penggunaan dokumen sokongan palsu. Operasi yang dikenali sebagai Op Outlander dan Op Birth ini melibatkan serbuan ke atas beberapa premis di Lembah Klang dan Johor. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya, menyatakan bahawa penangkapan ini mencerminkan komitmen SPRM dalam memerangi rasuah dan memastikan keselamatan negara terjamin.

KPDN tahan enam termasuk lima warga asing seleweng minyak masak bersubsidi
Enam lelaki, termasuk lima warga asing ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Semenyih, Selangor.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.

Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.

190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.

Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.

Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.