Kegiatan judi dalam talian semakin berleluasa dan meningkat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut tangkapan, beliau berkata pihaknya mendapati sindiket terbabit menyasarkan orang ramai yang berada di rumah sepanjang PKP.
"Saya difahamkan kegiatan judi dalam talian ini semakin berleluasa. Sepatutnya dalam tempoh PKP ini, orang ramai duduk berehat di rumah dan tidak bermain judi dalam talian," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini.
Abdul Hamid berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang dikesan bermain judi dalam talian di rumah.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid turut mendedahkan berlakunya peningkatan kes seludup rokok yang dipercayai menggunakan perkhidmatan penghantar makanan.
"Aktiviti penyeludupan rokok semakin berleluasa berikutan premis-premis jualan rokok kehabisan stok maka kegiatan seludup rokok meningkat.
"Mereka (penyeludup) ini menggunakan perkhidmatan penghantar makanan. Oleh itu, saya telah mengeluarkan arahan kepada semua petugas sekatan jalan raya untuk memeriksa kenderaan,” katanya.
Abdul Hamid berkata ada juga segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menggunakan lambang atau logo penghantar makanan untuk melanggar PKP semata-mata untuk keluar rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 06 2020

Abdul Hamid berkata ada juga segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menggunakan lambang atau logo penghantar makanan untuk melanggar PKP semata-mata untuk keluar rumah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.

Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.

PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.

Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.

Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.

Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.

Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.

Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.