Kadar indeks jenayah menurun sebanyak 70 peratus di seluruh negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuat kuasa 18 Mac lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata walaupun kadar jenayah menunjukkan penurunan dalam tempoh perintah itu, pihaknya mendapati jenayah yang ketara dilakukan adalah melibatkan kes pecah rumah dan mencuri motosikal.
"Mereka ini (penjenayah) mengambil kesempatan melakukan jenayah dalam tempoh PKP dan kami dapat mengesan mereka melalui sekatan jalan raya.
"Apabila mereka nampak polis buat sekatan jalan raya mereka berpatah balik dan akhirnya merempuh sekatan jalan raya yang dibuat," katanya dalam temu bual khas sempena Hari Polis ke-213 di program 'Selamat Pagi Malaysia' yang disiarkan di saluran TV1, RTM, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata seramai 46,000 pegawai dan anggota polis di seluruh negara ditugaskan untuk membuat sekatan jalan raya, rondaan bermotosikal, pemeriksaan di premis kunjungan orang ramai serta menghebahkan maklumat berkaitan pelaksanaan PKP.
"Kesemua ini amat penting untuk orang ramai mengurangkan pergerakan dan kami akan memeriksa sama ada mereka ini (orang awam) adalah terdiri daripada golongan yang dibenarkan untuk keluar dari rumah atau sebaliknya," kata beliau.
Sementara itu, ditanya mengenai tahap pematuhan masyarakat berhubung pelaksanaan PKP, Abdul Hamid berkata tahap pematuhan sehingga ke hari ini semakin meningkat.
"Alhamdulillah, orang ramai mula akur dengan PKP dan saya merayu kepada orang ramai untuk mengikut segala nasihat polis dan tentera dalam tempoh PKP ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020

ABDUL HAMID: Alhamdulillah, orang ramai mula akur dengan PKP dan saya merayu kepada orang ramai untuk mengikut segala nasihat polis dan tentera dalam tempoh PKP ini. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.

Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.

PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.

Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.

Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.

Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.

Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.

Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.