Orang ramai dinasihat agar mengambil langkah berwaspada dalam sebarang urusan yang ingin dilakukan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini, walaupun ada perkara yang telah mendapat kebenaran pihak berwajib.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata dalam situasi negara yang sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 ini, lebih wajar jika orang ramai berhati-hati (elak) agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
"Contohnya, soal ziarah kubur pada hari raya. Perkara itu (ziarah kubur) tidak menjadi masalah jika orang ramai patuh SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ditetapkan, dari segi penjarakan dengan bilangan yang tidak ramai. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri juga ada jelaskan, ianya boleh, cuma tidak digalakkan.
"Namun ia terpulang kepada arahan dikeluarkan oleh negeri masing-masing kerana jika arahan ziarah kubur itu tidak dibenarkan (di sesetengah negeri) ia dibuat dengan matlamat untuk menghindari jangkitan wabak COVID-19," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan mengenai kewajaran aktiviti ziarah hari raya serta melawat kubur ketika negara berdepan COVID-19, ketika ditemui selepas majlis sumbangan barangan keperluan asas untuk 'JAWI Food Bank' yang disampaikan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian di Kompleks Pusat Islam di sini.
Mengulas lanjut Dr Zulkifli berkata, jika terdapat perkara yang di antara keduanya iaitu 'larangan dan kebenaran' masyarakat diseru untuk memilih bersikap waspada sebagai langkah berjaga-jaga.
"Sama juga dengan aktiviti berziarah mengunjungi saudara terdekat pada hari raya, walaupun ada SOP dengan jumlah ditetapkan, namun bagi mengelakkan isu-isu (lain) timbul lebih baik duduk di rumah sahaja," katanya.
Terdahulu Dr Zulkifli menerima barangan keperluan asas bernilai RM200,000 sumbangan Kedutaan Besar China untuk 'JAWI Food Bank' yang akan diagihkan antaranya kepada golongan asnaf, saudara baharu, dan golongan bukan muslim yang memerlukan.
Sumbangan daripada Kedutaan China itu berupa 2,500 pek barangan makanan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak, biskut raya dan 6,000 beg beras.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 21 2020

Zulkifli berkata lebih wajar jika orang ramai berhati-hati gar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. - Bernama

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 29 dan 30 Mac, 5 dan 6 April
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.

60 tan bekalan kelapa untuk Terengganu sempena Ramadan, Syawal
Sebanyak 10 tan kelapa tua yang diimport dari Indonesia telah diterima untuk kegunaan sepanjang minggu pertama puasa.

Penjawat awam Perak terima 'duit raya' RM1,500
Pembayaran akan dibuat pada 24 Mac, melibatkan kira-kira 13,582 penerima.

Orang ramai dijangka boleh guna Terminal Bersepadu Gombak hujung Mac untuk balik raya
TBG mempunyai tiga mod pengangkutan (bas, LRT, ECRL) dan menyediakan kemudahan seperti kedai runcit, premis makanan, dewan serba guna, dan platform khas untuk OKU.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus sempena Aidilfitri
Pengurangan harga itu mencerminkan komitmen kerajaan menyokong rakyat yang merancang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.