Bagi sektor minyak dan gas, tertakluk kepada peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, dan operasi di kawasan PKPD tidak dibenarkan.
Berikut merupakan kebenaran aktiviti seperti berikut:
1. Penerokaan
2. Pembangunan
3. Pengeluaran
4. Pemprosesan Gas
5. Pencairan
6. Penapisan Minyak
7. Petrokimia
Waktu Operasi dan Waktu Kehadiran Pelanggan:
24 jam
Kapasiti Pekerja:
100%
Berikut merupakan tindakan serta langkah yang perlu dilakukan majikan sektor minyak dan gas:
1. Protokol Pasca-PKP
- Protokol harus meliputi langkah penting yang perlu dipatuhi oleh pekerja, kontraktor dan pelawat mengikut standard yang ditetapkan oleh KKM.
2. Saringan Kesihatan
- Perlu sediakan alat saringan suhu badan atau pengimbas termal
- Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk kilang/premis
- Pekerja yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°c tidak dibenarkan memasuki premis.
3. Pencegahan jangkitan
- Pemakaian penutup mulut dan hidung adalah wajib bagi pekerja, kontraktor dan pelawat kecuali :
- Semasa menggunakan PPE tertentu
- Semasa bekerja di kawasan luar jika penggunaan PPE tidak bersesuaian
- Pemakaian penutup mulut dan hidung bagi pelanggan adalah digalakkan
4. Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja
- Pastikan jarak 1 meter antara individu
- Digalakkan bermesyuarat secara maya (virtual)/ Hadkan jumlah individi dalam mesyuarat fizikal, pendekkan waktu mesyuarat.
- Sediakan tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi (di ruang makan, pintu masuk premis, lif, surau dan lain-lain.
5. Etika di kawasan umum dalam premis
- Jarak 1 meter antara individu dan pakai topeng pentutup mulut dan hidung
- Waktu kedatangan pekerja harus secara berperingkat bagi elak kesesakan.
- Waktu rehat juga perlu berperingkat.
6. Penginapan pekerja (jika disedikan majikan)
- Penjarakan sosial perlu dilakukan di surau, ruang makan dan yang berkenaan.
- Proses pembasmian perlu dilakukan setiap hari mengikut masa yang ditetapkan majikan
7. Jawatankuasa Menangani COVID-19
- Wujudkan Jawatankuasa Tindak Balas Menangani COVID-19 bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes jangkitan COVID-19.
- Tanggung sepenuhnya kos saringan dan perubatan pekerja yang didapati positid serta kos saringan kontak rapat di premis sama.
- Kos pembasmian dan nyah kuman di premis perlu ditanggung oleh syarikat.
8. Pembasmi dan Nyah Kuman Premis
- Proses senitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya di kawasan umum seperti di lobi, lif, pantry, bilik mesyuarat, surau, tandas dan tempat pembuangan sampah/tong sampah
- Syarikat hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk semua kawasan umum.