Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan cara penguatkuasaan dan garis panduan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tidak berlaku peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.
“Di peringkat kerajaan negeri, kita tidak mahu ‘crash landing’ dengan erti kata lain, kita akan cuba melihat peringkat demi peringkat dan saya akan bertanya dan melihat kesiapsiagaan PBT.
“Ini kerana mereka (PBT) yang perlu melihat bagaimana operasi kedai makan. Tak akan pihak polis nak serbu kedai makan, mesti pengutkuasa. Berapa ramai penguatkuasa kita, belum masuk lagi pusat hiburan haram yang beroperasi.
“Tidak termasuk lagi dengan aktiviti riadah di mana kalau saya buka (Taman) Tasik Shah Alam, saya tak tahu berapa ribu orang yang akan datang ke sana, serta bagaimana pengawalan di sana.
“Semua ini perlu diperincikan dan ia tidak boleh siap dalam satu hari,” tegasnya pada sidang media di sini hari ini.
Selain tempat-tempat awam, turut menjadi kebimbangan beliau adalah pusat-pusat jagaan sama ada pusat jagaan kanak-kanak serta warga emas.
“Pusat jagaan kanak-kanak ini akan menghimpunkan 20 atau 30 orang kanak-kanak yang mana kita ketahui, COVID-19 ni akan serang mereka yang berusia dan kanak-kanak.
“Macam mana kita nak pastikan budak-budak ini terjaga dan juga di rumah-rumah jagaan orang tua.
“Saya rasa jumlahnya sangat banyak di Selangor di mana ada yang berdaftar dan ada juga yang tidak berdaftar.
“Garis panduan itu semua kita akan cuba dapatkan kata putus esok. Tapi saya nak maklumkan, pelaksanaan tidak boleh segera (tergesa-gesa) pada 4 haribulan (Isnin), berjalan semua sebagaimana yang dianggapkan,” ujarnya.