Hari ke-25 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan 165 individu ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk penglibatan dalam aktiviti di pub dan kelab malam.
Menerusi kenyataan media Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan yang ditahan, 14 individu telah direman manakala 151 lagi dikompaun.
Ismail Sabri memberitahu, antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti pub atau kelab malam sebanyak 96 kes, aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dua kes, dan aktiviti melanggar SOP 67 kes.
Dalam pada itu, menurut beliau, Task Force operasi pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 61,727 pemeriksaan pada Sabtu bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.
Jelas Ismail Sabri, sebanyak 2,745 pasukan pematuhan melibatkan 12,789 anggota telah membuat pemantauan di 3,786 pasar raya, 5,498 restoran serta 1,733 penjaja, 1,007 kilang, 3,569 bank dan 741 pejabat kerajaan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, Operasi Benteng bagi kawalan sempadan negara pada Sabtu menyaksikan 70 sekatan jalan raya dilakukan, dengan 47 ribu 782 kenderaan diperiksa.
Hasil operasi itu, beliau memaklumkan, seorang warga negara asing telah ditahan atas kesalahan imigresen.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, 771 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air pada Sabtu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 dari Singapura, Indonesia, UAE, Taiwan, Thailand, Qatar, Australia dan Korea Selatan.
Daripada jumlah itu, beliau memberitahu, 770 individu telah diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala satu individu dibawa ke hospital.
PDRM juga telah membuat 803 pemantauan pematuhan SOP “home quarantine’ dan mendapati kesemua mereka mematuhinya, katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Jul 05 2020

Daripada jumlah keseluruhan yang ditahan, 14 individu telah direman manakala 151 lagi dikompaun. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.