Zoo Taiping dan Night Safari dijadual dibuka kepada orang ramai Isnin ini dengan peraturan kawalan yang ketat, termasuk mengehadkan bilangan pengunjung bagi tempoh tertentu.
Pengarah zoo berkenaan Dr Kevin Lazarus berkata, sebanyak dua sesi lawatan dibenarkan kepada pengunjung iaitu sesi pertama dari 8 pagi hingga 6 petang dan sesi kedua dari 8 hingga 10 malam.
Hanya 1,250 orang dibenar memasuki zoo berkenaan bagi tempoh dua hingga tiga jam, penjual tiket di kaunter perlu memastikan hanya 500 tiket dijual dalam masa satu jam, dan hanya ketua keluarga dibenar beratur untuk membeli tiket.
"Selain itu, para pekerja akan membuat pemeriksaan suhu, mencatat butiran pengunjung, selain memastikan ada jarakan sosial, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.
Pada Selasa, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP bersetuju membenarkan semua zoo beroperasi mulai semalam.
Kevin berkata, kerja-kerja membersihkan sekitar Pavilion, pintu masuk utama dan kaunter penjualan tiket di Zoo Taiping dan Night Safari seluas 13.75 hektar, dilakukan sejak beberapa hari lepas.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan kesemua haiwan di zoo berkenaan, meskipun ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.
"Kos penjagaan haiwan dan makanan di sini mencecah RM160,000 sebulan dan pihak zoo sedang menilai kerugian yang dialami," katanya.
Zoo Taiping dan Night Safari atau dulu dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah yang ditubuhkan 7 Mac 1964, merupakan zoo tertua di negara ini menempatkan 1,300 haiwan daripada 200 spesies yang berlainan, dari seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020
Kevin berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan kesemua haiwan di Zoo Taiping meskipun ditutup sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lepas. - Gambar fail
WUF12: ‘Rumah’ yang telah hilang
Perang di Gaza, Ukraine dan Lubnan menyebabkan jutaan hilang rumah dan menjadi pelarian, ia antara perkara yang menjadi tumpuan di World Urban Forum. Dzulfitri Yusof ada perinciannya.
Apa yang merisaukan rakyat Malaysia?
Tahap keyakinan dan kerisauan utama rakyat Malaysia. Sumber : Kenyataan Media IPSOS.
Dialog Tiga Penjuru: Trump 2.0, Apa Nasib Gaza?
Donald Trump kembali ke White House, sejauh mana janji untuk menghentikan perang ke atas Gaza dapat direalisasikan atau sekadar retorik? Apa pula tumpuan Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab-Islam di Riyadh 11 November ini? Cadangan resolusi penyingkiran Israel daripada UN, adakah semudah dijangka? Dialog Tiga Penjuru Khamis 8.30 malam
Polis bunuh pelajar: Analisis kimia dapati motosikal berlanggar dengan Ativa
Analisis itu mendapati terdapat perpindahan bahan bukti yang diambil daripada kedua-dua kenderaan berkenaan.
Sanusi mohon maaf, akui hubungan Kedah-Pusat bertambah baik
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui hubungan antara kerajaan negeri pimpinannya dengan Kerajaan Persekutuan bertambah baik terutama membabitkan projek-projek pembangunan di negeri Jelapang Padi demi manfaat keseluruhan penduduknya.
Dua beranak maut ditikam di kawasan apartmen
Dua beranak maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Pulau Pinang pada Khamis.
Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, suami masih di dalam
Selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca kemenangan Trump | Navigasi ASEAN dalam era baharu AS
Ann Francke, CEO Chartered Management Institute, membincangkan implikasi pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ASEAN. Francke memberikan pandangan tentang pendekatan strategik yang boleh diambil oleh negara-negara ASEAN untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh pentadbiran baharu AS.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
PKPP: Zoo Taiping dan Night Safari benar 1,250 pengunjung bagi tempoh tiga jam
Pengarah zoo berkenaan Dr Kevin Lazarus berkata, sebanyak dua sesi lawatan dibenarkan kepada pengunjung iaitu sesi pertama dari 8 pagi hingga 6 petang dan sesi kedua dari 8 hingga 10 malam.