Selain Lembaga Tabung Haji (TH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga terlibat 'meminjamkan' wang kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Katanya, 'pinjaman' itu diberikan PNB kepada 1MDB menerusi pembelian sukuk berjumlah RM579.2 juta yang diterbitkan dalam Februari 2014.
"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB.
"Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB.
"Sukuk ini tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon. Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan TH dan PNB," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, oleh kerana sukuk itu tidak disenaraikan, ia tidak ditarafkan seperti mana-mana kertas lain.
"Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Putrajaya kepada 1MDB) dan janji kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap), dan akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini," katanya lagi.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata semakan beliau menunjukkan 1MDB merancang menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia.
"Di samping itu, hutang sebanyak RM 2 bilion yang diperoleh daripada Ambank juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia," katanya.
Katanya, sehingga hari ini Bandar Malaysia belum memperlihatkan kemajuan meyakinkan yang boleh mendatangkan keuntungan dan membantu 1MDB membayar balik hutang kepada Tabung Haji dan PNB.
"Soalan paling besar, apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion daripada sukuk pinjaman Tabung Haji dan PNB, dan RM2 bilion pinjaman Ambank), yang dipinjamkan setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?" soal beliau.
Irwan Muhammad Zain
Tue May 12 2015
RAFIZI: PNB juga terlibat 'pinjamkan' wang kepada 1MDB. -Gambar fail
Polis siasat dakwaan anggota peras ugut warga Arab
Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan dakwaan seorang lelaki warga Arab Saudi diperas ugut oleh beberapa pegawai polis semasa memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dalam kawasan daerah ini.
TERKINI] Lima daerah di Terengganu terjejas babit 1,622 mangsa
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Ribuan penunjuk perasaan 'kepung' Parlimen, bantah RUU digubal
Anggaran 42 ribu rakyat New Zealand berhimpun di Parlimen pada Selasa membantah usaha menggubal Rang Undang-Undang (RUU)yang akan mengurangkan hak suku Maori.
Dua remaja Australia dimasukkan ke hospital selepas keracuanan koktel
Dua remaja Australia dilapor dimasukkan ke hospital di Thailand selepas disyaki keracunan di Laos ketika mengembara bersama rakan-rakannya, lapor media Australia pada Selasa.
Bekas Menteri Luar Prak Sokhonn kembali galas jawatan
Perdana Menteri Hun Manet telah melantik semula ahli politik veteran, Prak Sokhonn sebagai Menteri Luar yang baharu untuk memacu dasar luar negara Kemboja, lapor Fresh News.
Pelajar cedera dirempuh kereta di hadapan sekolah
Beberapa pelajar cedera selepas sebuah kereta terbabas di luar bangunan sebuah sekolah rendah di wilayah Hunan, China.
PM Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata beliau tidak mengetahui sebarang rancangan untuk kepulangan ibu saudaranya yang kini hidup dalam buangan, bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra ke Thailand.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa, serta pihak dari Amerika Syarikat (AS), China, dan Eropah, bagi memastikan rantaian bekalan kekal stabil susulan jangkaan dasar baharu daripada pentadbiran AS.
Sasar 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
FINAS akan menerajui kempen kesedaran untuk mendidik pengeluar, penaja dan pekerja tentang faedah caruman KWSP.
Akta Mesin Cetak: Fahmi akan berhubung, sedia dengar pendapat pengamal media
Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) dalam satu kenyataan meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan cadangan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, termasuk keperluan pelesenan untuk media dalam talian.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.