Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan Ketua Audit Negara, meneliti akaun syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan laporan media terhadap syarikat itu baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau juga telah menggesa 1MDB dan juruaudit mereka Deloitte menghadap Kabinet.
Menurut kenyataan tersebut, 1MDB telah memberi taklimat berkenaan situasi semasa selain memberi respon kepada soalan-soalan yang dilontarkan oleh Menteri-menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
"Deloitte menyediakan satu ulasan penglibatan mereka dengan 1MDB dan mengesahkan bahawa firma itu telah mengaudit dan mengesahkan akaun syarikat.
"Kabinet dimaklumkan bahawa dakwaan baru-baru ini yang ditujukan kepada 1MDB, berkait dengan urus niaga yang dijalankan oleh pihak ketiga seperti PetroSaudi, dan bukannya 1MDB," kata kenyataan itu lagi.
Kabinet, setelah mendengar penjelasan 1MDB dan Deloitte, menyatakan keyakinan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB.
Berhubung akaun 1MDB, selepas ia diteliti Ketua Audit Negara, ia kemudiannya akan diserahkan untuk pemeriksaan Jawatankuasa Kira-kira Awam yang bersifat dwi-partisan dan mencerminkan komposisi Parlimen.
"Jika terdapat sebarang salahlaku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Najib.
Sementara itu, 1MDB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas itu menyifatkan serangan yang ditujukan terhadap mereka sebagai berniat politik.
"Ini percubaan yang sengaja dibuat untuk melemahkan syarikat dengan menyebarkan dakwaan tidak berasas dan spekulasi, yang seterusnya berpotensi menjejaskan ekonomi.
"Sehubungan ini, 1MDB menyambut baik permintaan Perdana Menteri untuk Ketua Audit Negara meneliti akaun 1MDB, yang telah diaudit oleh Deloitte, salah satu daripada firma terkemuka di dunia," kata kenyataan itu.
1MDB bagaimanapun berkata akan bekerjasama sepenuhnya dengan Ketua Audit Negara dan berharap bahawa hasil penemuan itu akan menjawab segala spekulasi yang timbul.
Haider Yutim
Wed Mar 04 2015

Undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian jika terdapat sebarang salahlaku - Najib.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.