Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua penjawat awam agar tidak mengambil hak rakyat dengan terlibat dalam gejala rasuah.
Beliau mengulas tentang beberapa kes penahanan anggota pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dalam rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
"Langkah yang diambil sehari dua ini oleh SPRM mengingatkan pada kita bahawa jangan ambil hak rakyat. Ini rakyat punya.
"Jangan ambil hak rakyat sebab kita buat peruntukkan, program disediakan segala-galanya, bajet untuk rakyat. Kalau berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan," katanya ketika menyampaikan amanat pertama tahun ini kepada penjawat awam di Himpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Najib juga yakin usaha-usaha yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjadikan mata wang ringgit lebih stabil tahun ini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata penyusutan nilai ringgit dibimbangi banyak pihak, namun ia berlaku diluar kawalan kerajaan.
"Penyusutan nilai ringgit berlaku disebabkan tiga faktor iaitu kesan spekulasi melampau, pengumuman, kejatuhan harga minyak dunia dan kadar faedah dolar Amerika Syarikat."
"Namun daripada 149 mata wang dunia, 123 daripadanya menghadapi penyusutan nilai banding dolar dan Malaysia tidak terkecuali. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengalami kesan yang berada di luar kawalan kita," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi tahun 2017 di sini hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri juga berkata terdapat petanda dan bibit-bibit harapan dan keyakinan bahawa keadaan ekonomi akan pulih secara lebih positif pada tahun ini setelah berhadapan dengan keadaan ekonomi dunia yang mencabar pada 2016.
Antaranya, harga minyak yang kini berada pada paras US$54 setong selepas Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), berbanding US$44 pada tahun lepas, katanya.
Harga minyak sawit juga kini berada pada paras yang memberangsangkan iaitu RM3,200 setan berbanding RM2,600 pada tahun lepas selain harga getah yang juga naik tiga kali ganda.
"Ini semua memberi kita keyakinan bahawa sekiranya kita dapat melakukan usaha-usaha gigih, kita dapat menjadikan tahun 2017 sebagai tahun berjaya,"katanya.
Tan Su Lin
Mon Jan 09 2017

NAJIB: Jangan ambil hak rakyat sebab kita buat peruntukkan, program disediakan segala-galanya, bajet untuk rakyat. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Selamatkan negara, lindungi hak rakyat lebih penting berbanding pengiktirafan antarabangsa - PM
Perdana Menteri berkata ia adalah lebih penting berbanding memperoleh markah yang tinggi untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

KDA FC: Penyokong Kedah diharap setuju keputusan Presiden KFA
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA percaya keputusan presidennya Muhammad Sanusi Md Nor dibuat selepas mempertimbangkan semua aspek teknikal dan perundangan.

Ingatlah, pembangkang boleh jadi 'cermin', pelengkap kepada kerajaan
Penulis berpendapat, rakyat mula sedar tidak banyak manfaat yang diperoleh dalam tempoh ini, melainkan lebih perit daripada kerajaan dahulu.

'Malaysia Baharu' sepatutnya lebih baik daripada kerajaan sebelum ini - PM
Dr Mahathir berkata Malaysia Baharu bermaksud kerajaan akan kembali kepada demokrasi dan kedaulatan undang-undang dan menghormati kehendak rakyat.

Rakyat miskin AS semakin merana di bawah pentadbiran Trump
Penyiasat hak asasi manusia dari PBB menyatakan demikian, sambil menambah golongan kaya negara itu pula semakin banyak menerima ganjaran.

Betul ke TM larang pekerjanya jadi ejen pengiraan undi?
Benarkah TM melarang pekerja terlibat dalam proses demokrasi?

Rakyat Sarawak tunggu pengumuman pengembalian hak-hak
Rakyat Sarawak amat gembira bahawa kuasa-kuasa berkenaan yang telah hilang sejak lama akan dikembalikan kepada negeri itu.

PM ingatkan penjawat awam jangan ambil hak rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua penjawat awam agar tidak mengambil hak rakyat dengan terlibat dalam gejala rasuah.