Beberapa rakan dalam talian Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bersama-sama Perdana Menteri menjadi antara yang terawal menaiki transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) dari Stesen Mutiara Damansara ke Stesen Pusat Bandar Damansara.
Dalam catatan terbaharu di blog rasminya www.najibrazak.com hari ini, Perdana Menteri berkata beliau membawa mereka untuk bersama-sama meninjau projek MRT sebelum Fasa Pertama Laluan Sungai Buloh-Kajang beroperasi sepenuhnya 16 Dis ini.
"Sepanjang perjalanan, kami sempat bersembang santai mengenai hala tuju pengangkutan awam negara...terutamanya kesan dan impak besar yang akan dibawa oleh MRT kepada negara, dan lebih penting lagi kepada gaya hidup rakyat semuanya," kata Najib.
Antara yang menyertai beliau menaiki MRT adalah Puteri Balqish dan Rosli Abdul Rahman dari portal PenMerahdotcom; Ahmad Nazuwan Amran dari portal hiburan BeautifulNara; Mohd Nazrinifwat kurator akaun Twitter @mohon_clash; dan penulis blog isu ekonomi Mohd Syahir.
Turut bersama-sama Perdana Menteri ialah penulis blog isu pengangkutan awam Khairul Idzwan Kamarudzaman; pengasas portal TheVocket Mohd Fazreen Jasni; aktivis sosial Kuan Chee Heng; produser Vine Lukman Aqid Zulkarnae; pengacara radio HotFM Nordin Madian; jurufoto Hishammuddin Hashim (Abeden Mung); dan doktor pakar Dr Abdul Rahman Abdul Kadir.
Tidak ketinggalan menyertai rombongan itu ialah ketua pegawai kewangan merangkap penulis buku Azmi Arshad; dan Timbalan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Dersamynee Subramaniam.
Dalam pada itu, Najib berkata MRT akan menambah baik kesalinghubungan dalam kalangan rakyat, ditambah pula dengan penyediaan bas pengantara atau 'feeder bus' di setiap stesen MRT.
Beliau berkata MRT akan melengkapi kemudahan pengangkutan awam sedia ada dan memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi seperti mana yang rakyat impikan.
"Saya tak sabar menanti 16 Disember ini untuk anda semua dapat merasai sendiri masa depan pengangkutan awam negara. Jom Naik MRT!" kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016

Beberapa rakan dalam talian Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bersama-sama Perdana Menteri menjadi antara yang terawal menaiki MRT. - Gambar Bernama

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

PM Najib bawa rakan dalam talian tinjau projek MRT
Beberapa rakan dalam talian Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bersama-sama Perdana Menteri menjadi antara yang terawal menaiki transit aliran berkapasiti tinggi (MRT).