Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan bimbang sekiranya berlaku pertembungan fizikal antara penunjuk perasaan 'Baju Merah' dan 'Baju Kuning' semasa penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 yang dirancang di Kuala Lumpur Sabtu ini.
"Jika sebelah pihak mahu membuat bantahan dan sebelah pihak lagi mahu melindungi kerajaan dan terpanggil untuk hadir...tetapi saya tidak mahu sebarang pertembungan fizikal.
"Malah rusuhan ala Arab Spring yang kononnya tanda bermulanya era perubahan, tetapi sebaliknya, ia membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat yang terlibat," katanya.
Rusuhan Arab Spring adalah siri protes antikerajaan, iaitu kebangkitan rakyat dan pemberontakan bersenjata yang tersebar di Timur Tengah pada awal tahun 2011.
Bersih, yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, adalah sebuah pergerakan yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, dan merancang untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini di Dataran Merdeka di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, satu lagi pergerakan, yang menamakan kumpulan Baju Merah, mendakwa Bersih bertujuan menggerakkan agenda asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan mengugut untuk menganjurkan perhimpunan balas di tempat sama dan pada hari yang sama.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengulangi pada Rabu bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan memberi kebenaran Dataran Merdeka digunakan sebagai tempat perhimpunan Bersih pada Sabtu ini.
Bercakap kepada wartawan Malaysia pada Rabu malam pada hari terakhir lawatan kerja tiga hari ke Jepun, Najib berkata rakyat berpeluang untuk memilih kerajaan pilihan mereka apabila pilihan raya umum diadakan.
"Waktu yang terbaik untuk membuat keputusan ialah apabila tiba masanya. Pilihan raya akan diadakan dan rakyat boleh membuat pilihan dan kami akan mematuhi keputusan yang dipilih rakyat. Itu adalah penting," katanya.
Tempoh pilihan raya umum Malaysia ke-14 dijangka berakhir pada Jun 2018.
Najib berkata apa-apa cara lain (untuk menukar kerajaan sekarang) adalah tidak mengikut perlembagaan dan akan mewujudkan keadaan huru-hara, seperti yang berlaku di beberapa negara lain.
"Tidak boleh menyebabkan berlaku sebarang pertembungan fizikal sama sekali. Ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada kita dan bukan budaya yang mahu kita amalkan sebagai cara hidup kita di Malaysia," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
NAJIB: Saya tidak mahu sebarang pertembungan fizikal.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
PM Najib bimbang berlaku pertembungan antara penyokong Bersih 5, Baju Merah
Datuk Seri Najib Razak bimbang sekiranya berlaku pertembungan fizikal antara penunjuk perasaan 'Baju Merah' dan 'Baju Kuning' Sabtu ini.