Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut ke Hospital Serdang di sini bagi melihat sendiri persekitaran serta keselesaan di hospital itu yang dibina pada tahun 2005.
Beliau yang diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melawat wad kecemasan, wad bersalin dan wad biasa.
Najib yang tiba pada kira-kira 5.30 petang, meluangkan kira-kira satu jam melawat hospital itu dan beramah mesra dengan pesakit serta keluarga dan mendapat penerangan daripada Pengarah Hospital Serdang Dr Rohana Johan.
Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan tinjauan itu, perdana menteri berkata: "Sebagai sebuah kerajaan, kita sentiasa menekankan bagaimana memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik lagi dari semasa ke semasa.
"Saya melawat Hospital Serdang hari ini untuk meninjau keadaan kerana saya difahamkan hospital ini mempunyai bilangan pelawat dan pesakit yang ramai setiap tahun sehingga keadaan sesak."
Najib bagaimanapun berkata beliau tetap bangga dengan tahap komitmen yang ditunjukkan oleh pentadbiran hospital, kakitangan, doktor dan jururawat bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit dengan mengurangkan masa menunggu.
"Kos perkhidmatan yang kita berikan ini adalah sangat rendah, umpamanya wad bersalin dikenakan bayaran RM50 untuk setiap bayi dan saya difahamkan wad ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan para pesakit.
"Wad Kelas ketiga mengenakan (caj) RM3 sehari. Ini adalah antara bayaran terendah di dunia. Ini bermakna kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bermutu dan berkualiti dengan harga yang sangat minimum," katanya.
Najib juga mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk meneliti keperluan tambahan hospital seperti ambulans, tilam, katil dan kerusi, yang agak terhad dengan serta-merta.
"Saya minta Kementerian Kesihatan menjalankan tindakan susulan dengan segera supaya keperluan ini dapat dipenuhi dalam masa terdekat agar dapat memberikan keselesaan kepada pesakit dan pelawat," katanya.
Ditanya mengenai dana, Najib berkata: "Ia tidak memerlukan belanja yang besar sangat".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut ke Hospital Serdang. - fotoBERNAMA
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
PM Najib lakukan lawatan mengejut ke Hospital Serdang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut ke Hospital Serdang di sini bagi melihat sendiri persekitaran serta keselesaan di hospital itu yang dibina pada tahun 2005.