Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan bernilai RM1.3 bilion bagi lima projek infrastruktur di Langkawi menerusi peruntukan Rolling Plan Ketiga (PR3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
Perdana Menteri berkata, lima projek infrastruktur itu adalah merangkumi projek tadahan air, menaik taraf Hospital Langkawi, pembinaan balai bomba, kuarters dan jalan raya.
Malah menurut beliau, Kerajaan Persekutuan meluluskan pembesaran Hospital Langkawi melalui pembinaan bangunan tambahan dengan kos berjumlah RM500 juta.
“Hospital Langkawi masa kini hanya dapat menampung 110 katil pesakit. Bangunan baharu kelak akan dilengkapi 220 katil, Unit Rawatan Rapi, Unit Rawatan Jantung dan beberapa dewan bedah, klinik pakar dan jabatan rehabilitasi,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Go 4.0 Langkawi di Perkarangan Parkir LADA di Kuah, Langkawi.
BACA: Langkawi kekal pulau bebas cukai - Jaminan PM Najib
Dalam pada itu, Najib berkata, Kerajaan Persekutuan juga meluluskan pembinaan kuarters dan integrase untuk kakitangan Jabatan Kesihatan di Langkawi dengan kos RM1.35 juta.
Malah, kata beliau, kerajaan meluluskan pembinaan balai bomba dan kuarters Padag Matsirat, Langkawi dengan kos RM30 juta.
“Kerajaan juga akan menaik taraf Jalan Persekutuan bulatan Lapangan Terbang-Pulapol dengan kos RM50 juta.
“Bagi menangani keperluan air bersih sehingga tahun 2040, Unit Perancang Ekonomi telah meluluskan peruntukan RM600 juta untuk membina kemudahan tadahan air di Padang Matsirat,” katanya.
Salim Aziz
Sat Feb 17 2018
Lima projek infrastruktur itu adalah merangkumi projek tadahan air, menaik taraf Hospital Langkawi, pembinaan balai bomba, kuarters dan jalan raya. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [18/11/2024] – SPRM siasat projek mineral Sabah | Bermula tahun 2025 | ASEAN 2025 | Berkuat kuasa 1 Disember 2024
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Arahan turunkan semua audio, video dakwaan rasuah ADUN Sabah
- Elak kesesakan tambak Johor, kod QR semua jenis kenderaan
- Masa makin suntuk, bagaimana Asean main peranan selamatkan iklim dunia
- Arahan tangkap, individu guna pangkalan haram Sungai Golok
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Arahan turunkan semua audio, video dakwaan rasuah ADUN Sabah
- Elak kesesakan tambak Johor, kod QR semua jenis kenderaan
- Masa makin suntuk, bagaimana Asean main peranan selamatkan iklim dunia
- Arahan tangkap, individu guna pangkalan haram Sungai Golok
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.
AWANI Tonight: COP29: Malaysia leads carbon framework development at ASEAN level
Malaysia, through the ASEAN-Business Advisory Council Malaysia Carbon Market Working Group, is leading efforts to establish a comprehensive carbon framework across ASEAN.
Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan MyCC dalam kes berkaitan anti persaingan
Hakim menetapkan sesi pengurusan kes esok, bagi menetapkan tarikh menyampaikan keputusan.
AWANI Tonight: Reform: Eligibility for RON95 subsidy to consider many factors
The eligibility criteria for the RON95 fuel subsidy will consider household size, employment status, number of vehicles, basic living expenses, and the cost of living index.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
Manfaatkan kebijaksanaan Orang Asli tangani ketidaktentuan alam - Pakar
Pensyarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, Dr. Minhaz Fared Ahmad berkata kebijaksanaan Orang Asli mendepani pelbagai cabaran dan ketidaktentuan alam perlu dijadikan contoh dalam modul latihan berkaitan kelangsungan kepada komuniti. Jelasnya, ini memerlukan pelaburan yang mampan untuk memastikan tidak ada kumpulan yang terabai dan tertinggal. #AgendaAWANI
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Timbalan Ketua (Penyelidikan) Jaringan Penyelesaian Pembangunan Lestari (SDSN) Asia Sunway University, Prof. Emeritus Datuk ChM. Dr. Mazlin Mokhtar berkata Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan. Jelasnya, ini akan membolehkan Borneo mendapat limpahan ekonomi yang sangat memberangsangkan sepanjang tempoh berkenaan. #AgendaAWANI
PM Najib peruntukan RM1.3 bilion untuk infrastuktur Langkawi
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan bernilai RM1.3 bilion bagi lima projek infrastruktur di Langkawi menerusi peruntukan Rolling Plan Ketiga (PR3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).