Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kampung Tekek ke Kampung Air Batang di Pulau Tioman, di sini.
Projek yang dibiayai Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan dilaksana oleh Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) itu mula dibina pada 22 Sept 2015 dan pembinaannya selesai pada 6 Feb lalu.
Najib sebelum itu tiba di pulau berkenaan dengan menaiki helikopter di Lapangan Terbang Kampung Tekek, Pulau Tioman dan disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman Datuk Mohd Johari Hussain serta 500 penduduk dan pelajar sekolah.
Beliau kemudian meluangkan masa lebih setengah jam meninjau laluan sepanjang 310 meter dan lebar 2.4 meter itu yang dibina dengan kos bernilai RM1.6 juta.
Sebelum ini, kira-kira 1,000 penduduk Kampung Tekek dan 300 penduduk di Kampung Air Batang, serta pelancong terpaksa melalui kawasan trek berbukit selain menaiki bot untuk urusan di dua-dua kampung itu.
Tok Empat Kampung Tekek Zulkainani A Hamid berkata laluan pejalan kaki itu banyak memberi kemudahan kepada penduduk kampung atau pelancong untuk berbelanja membeli barang keperluan harian dari Kampung Air Batang ke Kampung Tekek.
"Ia juga menjadi mercu tanda baharu pelancongan di Kampung Tekek yang merupakan pusat pentadbiran di pulau ini selain memudahkan urusan jika berlaku kecemasan," katanya.
Sementara itu seorang penduduk Kampung Air Batang Wan Mohamad Tahir Wan Abdullah, 58, menyifatkan pembinaan laluan pejalan kaki itu suatu rahmat kepada penduduk kerana memberi kesenangan dalam kehidupan seharian mereka.
"Selama ini ibu bapa terpaksa berulang alik empat kali sehari untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah dengan menaiki bukit yang tinggi.
"Setiap kali ulang alik terpaksa ambil masa 15 minit, terpaksa berhenti beberapa kali untuk menghilangkan lelah sebelum sampai ke sekolah, seksa untuk ibu bapa terutama yang sudah berusia.
"Namun dengan adanya kemudahan ini, Alhamdulillah ibu bapa tidak perlu risau dengan keselamatan anak-anak mereka dan pelajar juga dapat berulang alik ke sekolah dengan mudah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan penduduk ketika melakukan lawatan kerja ke Pulau Tioman hari ini. - Foto Bernama

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.