Kunjungan sulung Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bukan sahaja akan mengukuhkan hubungan dua hala KL-Riyadh, tetapi turut memberi pelbagai faedah yang memanfaatkan rakyat secara langsung, kata Perdana Menteri.
Merumuskan lawatan empat hari Raja Arab Saudi itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesediaan kerajaan Arab Saudi untuk menambah tiga kali ganda jumlah biasiswa buat pelajar Malaysia bermula tahun depan antara empat perkara penting hasil lawatan Penjaga Dua Kota Suci itu.
"Biasiswa ini bermakna lebih ramai pelajar akan berupaya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terkemuka di sana dan ia juga melengkapi dan menambah lagi kepada peruntukan RM4.3 bilion kerajaan untuk biasiswa di bawah Bajet 2017," katanya dalam entri terbaharu blog najibrazak.com.
BACA: Bangunkan Malaysia berlandaskan prinsip Islam - Raja Salman
BACA: Lawatan Raja Salman: Era baharu hubungan Malaysia-Arab Saudi
Lawatan negara empat hari Raja Salman ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V merupakan lawatan ke negara Islam pertama di Asia Tenggara yang dikunjungi Penjaga Dua Kota Suci itu sejak baginda menaiki takhta pada 2015.
Selain itu, Najib menyifatkan lawatan Raja Salman juga membuka laluan kepada permohonan Malaysia mengenai penambahan kuota Haji dan dua pusat jemaah haji Malaysia di Makkah dan Madinah.
Najib sebelum ini dilapor berkata Kerajaan Arab Saudi telah memberi maklum balas positif terhadap permintaan Malaysia untuk menambah bilangan kuota jemaah haji kepada 30,000 tahun ini.
"Kita pernah mendengar kisah bahawa ada yang terpaksa menunggu sehingga 40 tahun untuk mengerjakan Haji, dan saya komited untuk memastikan kejadian sebegini akan dapat kita kurangkan.
Saya berharap dan berdoa semoga permohonan kita ini akan diberi pertimbangan sewajarnya agar dapat memudahkan umat Islam Malaysia menunaikan ibadah Haji dalam suasana yang lebih kondusif," katanya.
Perdana Menteri juga berkata kunjungan Arab Saudi turut membawa manfaat dalam aspek pekerjaan dan pelaburan di negara ini, khususnya dengan suntikan pelaburan bernilai RM31.08 bilion (US$7 bilion) oleh syarikat minyak negara Arab Saudi, Saudi Aramco dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang, Johor.
"Saya percaya ia akan mewujudkan banyak peluang kepada rakyat, daripada peluang pekerjaan hinggalah kepada pembangunan dalam industri sokongan seperti runcit, kewangan, pembinaan, perkhidmatan dan banyak lagi.
"Industri lain seperti ekonomi halal, perkhidmatan kewangan Islam dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut akan mendapat manfaat," katanya.
Sebelum ini, kata Najib, hubungan negara dengan kerajaan Arab Saudi kebanyakannya berkisar kepada isu berkaitan ibadah umrah dan Haji manakala perdagangan dua hala antara kedua-dua negara pula berada pada jumlah sederhana iaitu RM13.99 bilion pada tahun lepas.
Najib berkata perkara itu sekali gus dapat menangkis segelintir pihak yang menyebarkan berita negatif mengenai Malaysia untuk kepentingan politik peribadi, selain tuduhan liar sesetengah pihak bahawa Malaysia sama ada akan muflis atau akan menjual negara kepada orang luar melalui pelaburan asing.
"Realitinya, jauh panggang dari api. Pelaburan asing mewujudkan pekerjaan buat rakyat kita, pada masa sama kita mengekalkan pemilikan dan kedaulatan sepenuhnya," katanya.
"Tambahan lagi, kita kini menyasarkan untuk meningkat naik dalam nilai rantaian, termasuk pekerjaan berpendapatan tinggi seperti arkitek, jurutera, akauntan, ahli kimia dan banyak lagi. Pelaburan sebegini daripada luar negara adalah tanda keyakinan yang tinggi terhadap ekonomi kita," katanya.
Perdana Menteri juga berkata hasil lawatan itu turut membawa pelbagai jenis peluang di Arab Saudi untuk ahli perniagaan dan usahawan Malaysia.
Antaranya, sasaran Arab Saudi untuk meningkatkan jangka hayat daripada 74 hingga ke 80 tahun membuka peluang kepada industi kesihatan terutamanya perkhidmatan penjagaan penduduk warga emas.
Sasaran untuk meningkatkan pengunjung menunaikan ibadah Umrah daripada lapan juta ke 30 juta orang, akan membawa kepada penambahan permintaan bagi sektor-sektor seperti syarikat telekomunikasi dan ICT, infrastruktur, kandungan digital, tenaga, pelancongan dan hospitaliti, kesihatan, teknologi hijau,
peruncitan dan juga pengangkutan.
"Peluang unik juga akan tersedia bagi perniagaan dalam sektor seperti e-dagang, tenaga boleh diperbaharui, hiburan dan riadah, perkhidmatan kewangan
dan banyak lagi," katanya.
Beliau juga berharap usahawan Malaysia akan lebih inovatif dan mengambil peluang yang tersedia itu untuk mengembangkan sayap dan mewujudkan hubungan dengan Arab Saudi.
-BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017

PM NAJIB: Kunjungan sulung Raja Salman memberi pelbagai faedah yang memanfaatkan rakyat secara langsung. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.

Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.

Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.

Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.

Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.

Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.

Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.

Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.

Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.

Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.