Najib berkata rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14
Secara keseluruhan, seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baharu telah dilantik.
Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).
Muka baharu ialah Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia).
Dua muka lama yang menyertai semula kabinet ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).
LIPUTAN LANGSUNG
2:00 petang
Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong
Datuk Johari Abd Ghani
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman
Nancy Shukri
Datuk Seri Abd Wahid Omar
Datuk Dr Wee Ka Siong
Datuk Paul Low Seng Kuan
Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Senator Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Panglima Joseph Kurup
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
(Hal Ehwal Agama)
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Senator Datuk Lee Chee Leong
Datuk Ahmad Maslan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Timbalan Belia dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique
Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari
Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan: P. Kamalanthan
Senator Chong Sin Woon
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan KPDNKK: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Ir Hamim Samuri
Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Azizah Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Timbalan Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Ismail Muttalib
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching
1:56 Tengahari
1: 40 Tengahari
1:27 tengahari
Pasukan media sedang bersiap sedia menanti pengumuman mengenai ura-ura adanya berlaku rombakan Kabinet.
Pengumuman dijangka dibuat oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media.
12:02 tengahari
Wartawan Astro AWANI Hafiz Marzukhi bergegas ke Putrajaya untuk satu sidang media yang dijangka berkaitan rombakan Kabinet.
8:00 pagi
Ramalan turut mengatakan Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet menjadi perhatian, namun beliau dijangka akan kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri namun tidak memegang apa-apa portfolio kementerian.
Sekitar pagi tadi, Muhyiddin dilihat masuk bekerja seperti biasa.
Cakap-cakap mengenai rombakan kabinet ini mula berlegar beberapa bulan lalu dan semakin diperkatakan sejak Isnin selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad malam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.
Antara ramalan media mengenai rombakan ini adalah:
- Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
- Khairy Jamaluddin akan ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
- Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal yang diramalkan akan digugurkan.
- Ada yang berpendapat nama-nama seperti Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel bakal digugurkan dari kabinet.