Hampir 75 peratus daripada mereka yang dijangkiti virus polio tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda gejala tersebut, kata Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Dr Rohani Jahis.
Menurut Dr Rohani, sebaliknya hanya seorang daripada empat orang dengan jangkitan virus polio, yang akan menunjukkan gejala, kebiasaanya seperti demam selesema.
"Hanya 0.5 peratus individu yang dijangkiti virus ini mengalami kelumpuhan. Maksudnya tidak semua orang lumpuh.
"Tapi apabila kita dijangkiti virus ini, ia (virus) tetap akan dikeluarkan dalam najis, jadi risiko untuk menjangkiti orang lain itu ada, apabila ia (virus) dikeluarkan dalam persekitaran," katanya ketika menjadi tetamu Ruang Bicara: Bahaya Polio di Bernama TV hari ini.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan seorang bayi tiga bulan disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital pada 6 Dis lepas.
Kes polio ini merupakan yang pertama, setelah Malaysia diisytiharkan bebas penyakit itu 27 tahun lalu.
Beliau berkata, virus polio sebenarnya belum lagi 'dibasmi' di dunia ini, dan ketika ini terdapat tiga lagi negara yang masih lagi endemik dengan virus tersebut, iaitu Nigeria, Afghanistan dan Pakistan.
"Jadi kemungkinan (virus) datang daripada negara lain boleh berlaku, sekiranya kanak-kanak atau penduduk di negara ini tidak dilindungi dengan vaksin (pelalian), jadi risiko untuk dapat jangkitan itu ada," katanya.
Dr Rohani berkata sekiranya seseorang itu dijangkiti virus polio, tiada rawatan khusus untuk membunuh virus tersebut, sebaliknya rawatan adalah bersifat 'supportive' seperti ubat demam (sekiranya demam) dan fisioterapi sekiranya mengalami kelumpuhan kaki.
Beliau menegaskan langkah terbaik yang boleh diambil ketika ini ialah, memastikan anak-anak menerima imunisasi yang secukupnya dan pada masa sama, memastikan komuniti turut dilindungi dengan imunisasi.
"Apabila dalam komuniti ramai yang telah menerima pelalian, apabila ada virus polio yang datang ke komuniti, virus itu tidak boleh nak 'survived' dalam komuniti, sebab semua orang telah diberi imuniti.
"Isunya apabila tidak ada ataupun imuniti dalam populasi itu rendah, jadi virus ini boleh 'survived' dan merebak dalam komuniti menyebabkan masalah," katanya.
Menurut Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, bayi perlu menerima vaksin polio tidak aktif (IPV) pada usia dua bulan, tiga bulan dan lima bulan. Bayi itu juga perlu diberi dos tambahan apabila mencapai usia 18 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 10 2019

Menurut Dr Rohani, hanya seorang daripada empat orang dengan jangkitan virus polio, yang akan menunjukkan gejala, kebiasaanya seperti demam selesema. -Gambar hiasan

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

UTeM cipta peralatan rehabilitasi bantu pulih pesakit dalam komuniti
Program itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pemulihan fisioterapi untuk komuniti B40 di kawasan setempat.

PPCOA minta kerajaan timbang semula integrasi kursus fisioterapi ke dalam TVET
PPCOA bimbang langkah itu tidak dapat meningkatkan kualiti profesion itu, sebaliknya hanya memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Bergadai emas buat modal jual kerepek, Ali XPDC syukur diberi peluang kedua
Bergadai Emas Buat Modal Jual Kerepek, Ali XPDC Syukur Diberi Peluang Kedua - "Allah Dah Tarik Nikmat Suara ..."

Lulusan Diploma Fisioterapi UniSZA rekod kadar kebolehpasaran 100 peratus
Semua 175 lepasan diploma tersebut telah mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan, swasta, malah ada yang membuka pusat rawatan swasta dan meraih pendapatan lumayan.

Pele jalani fisioterapi di hospital Sao Paulo
Menerusi video di laman sosial, Pele kelihatan tersenyum ketika menjalani fisioterapi di hospital Albert Einstein.

Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara
Namun, rutin latihan diteruskan dengan satu kejohanan simulasi sedang dirancang tatkala dia masih dalam rawatan mengatasi kecederaan ringan.

Polio: 75 peratus tidak tunjuk gejala jangkitan - Pakar
Menurut Dr Rohani, sebaliknya hanya seorang daripada empat orang dengan jangkitan virus polio, yang akan menunjukkan gejala, kebiasaanya seperti demam selesema.

Muhammad Adib mula tunjuk tindak balas
Anggota bomba yang menjadi mangsa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan tanda positif selepas 50 jam menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Anwar Ibrahim dalam keadaan baik - Jeyaindran
Demikian menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S Jeyaindran yang mengesahkan keadaan kesihatan Ketua Umum PKR itu yang dijangka dibebaskan dari tahanan penjara minggu depan.

Neymar selesai jalani pembedahan
Penyerang kebangsaan Brazil itu kembali ke tanah air untuk menjalani pembedahan, dan berkemungkinan terpaksa direhatkan hingga penamat musim ini.