Polis akan menyiasat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui mesej WhatApp kepada Astro AWANI berkata beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nazri dan mengesahkan pihaknya akan merekod kenyataan daripada menteri itu tidak lama lagi.
"Bukan Akta Hasutan, tetapi di bawah Seksyen 505b Kanun Keseksaan," kata Khalid ketika membetulkan laporan media awal pagi ini.
Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.
BACA: #Nothing2Hide: Kenyataan TMJ dapat sokongan netizen
BACA: Jauhkan diri dari politik..., tegas Nazri kepada TMJ
Dalam pada itu, 46 NGO kaum India di Johor telah membuat laporan polis terhadap Nazri susulan kenyataannya terhadap TMJ selain mahu menteri berkenaan menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada TMJ.
Dalam perkembangan sama, ahli exco kerajaan negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan dalam satu kenyataan semalam menasihati Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya tidak bersikap “kurang ajar.”
"Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri kerana jawatan menteri tidak boleh digunakan sebagai alat untuk bersikap kurang ajar.
"Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat Johor," kata Zulkurnain sepertimana dipetik daripada Malaysiakini.
Astro Awani
Mon Jun 15 2015
Polis akan menyiasat Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap TMJ. -Gambar fail
Biden izinkan Ukraine guna peluru berpandu AS di Rusia
Presiden Amerika beri lampu hijau untuk Ukraine guna ATACMS dalam usaha tembusi Rusia.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Misi Jelajah Peduli Ummah santuni 40,000 individu
Ia sekali gus menjadikan program itu berada pada tahap yang baik dalam mencapai sasaran untuk menyantuni 100,000 individu.
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.
Kelantan harap RMK13 pertimbang pelaburan strategik dalam sektor pembuatan
Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi sebagai kawasan perindustrian baharu.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil teroka inisiatif kepimpinan ASEAN, BRICS
Keputusan itu juga seiring kepengerusian BRICS oleh Brazil serta peranannya sebagai hos Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP).
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza
Menerusi kenyataan bersama Anwar dan Lula da Silva, kedua-dua pemimpin juga mahu pengwujudan Palestin yang berdaulat.
RM22.8 juta peruntukan dibelanjakan naik taraf infrastruktur ICT di 191 PKD - KKDW
Naik taraf infrastruktur ICT di PKD bagi menjadikannya pusat latihan komuniti maya yang melahirkan masyarakat desa berkemahiran.
Warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam sungai
Mangsa dikenali sebagai Mokhtar Othman, 61, dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Machap kira-kira 1.50 pagi Ahad.
Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Kebakaran stor: Pejabat Parlimen Papar salur bantuan khemah dan makanan
Beberapa khemah sementara didirikan bagi menempatkan para pesakit dan kakitangan Hospital Papar, Sabah yang terkesan susulan insiden kebakaran di stor perubatan farmasi hospital itu.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.
JKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana, aplikasi sistem eBencana hadapi MTL
KKR melalui JKR mengaktifkan BiGBen dan aplikasi mudah alih Sistem eBencana JKR yang dinaik taraf, sebagai langkah mempertingkatkatkan kesiapsiagaan menghadapi MTL.
Ribut tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina - PM Anwar
Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu.
Mark Zuckerberg sasar kandungan janaan AI penuhi Facebook, Instagram
Angka kandungan janaan AI ini dilihat akan meningkat drastik, dan memenuhi ruangan garis masa di Facebook, Instagram, mahupun Threads.
Rancangan pelesenan media sosial Malaysia kurang jelas, ancam inovasi digital - Meta
Meta Platforms mengkritik rancangan Malaysia untuk mewajibkan platform media sosial memohon lesen pengawalseliaan menjelang Januari 2025.
Kerajaan MADANI terus iltizam bela kebajikan rakyat tanpa kira bangsa, agama - PM Anwar
Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama adalah selaras dengan iltizam untuk memastikan kebajikan setiap rakyat terbela.