Polis mengakui wujudnya beberapa kumpulan kecil melibatkan dua hingga tiga orang setiap kumpulan yang mengambil upah sebagai pembunuh upahan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis mendapati senjata api yang digunakan dalam beberapa kes tembak baru-baru ini adalah dari jenis yang sama.
"Ya, saya tidak dapat menafikan ada individu-individu tertentu yang mengambil upah menembak orang. Mungkin ada kumpulan kecil dua ataupun tiga orang. Ada kumpulan-kumpulan kecil dan ada kumpulan yang dikaitkan dengan kongsi gelap.
"Saya tidak dapat berikan dengan khusus tetapi dalam beberapa kes, ia melibatkan senjata yang sama, sebab itu kita berani nyatakan di sini ada elemen-elemen pembunuh upahan itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Menembak IPSC Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka PDRM di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah di sini hari ini.
Tambah beliau, ada individu yang ditahan polis susulan kejadian tembak di Taman OUG tempoh hari merupakan pembunuh upahan.
"Antaranya mereka yang kita tangkap dalam kejadian di Taman OUG. Antara yang ditangkap adalah mereka yang mengambil upah untuk melakukan kerja-kerja yang sebegini... memang ada," ujar beliau yang mengakui pembunuh upahan terdiri daripada warga tempatan.
Justeru, tegas Tan Sri Noor Rashid, pihak polis kini menghalusi maklumat-maklumat yang ada untuk mengenalpasti individu mahupun kumpulan yang terlibat sekaligus mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
Sementara itu, beliau menegaskan pihak polis tidak pernah melindungi mana-mana kumpulan kongsi gelap.
Katanya, pihak polis sedar bahawa melindungi dan bersubahat dengan penjenayah merupakan satu kesalahan.
"Kita melihat perkara ini dengan amat serius. Kongsi gelap merupakan jenayah yang perlu ditangani oleh semua anggota polis.
"Buat masa ini, tidak timbul isu berkaitan melindungi anggota kongsi gelap oleh pihak polis kerana mereka sedar ia satu kesalahan," ujar Tan Sri Noor Rashid.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jul 31 2016

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (gambar) berkata polis mendapati senjata api yang digunakan dalam beberapa kes tembak baru-baru ini adalah dari jenis yang sama.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

COVID-19: Singapura beralih ke Fasa Dua pembukaan semula mulai 19 Jun
Keputusan untuk menamatkan Fasa Satu yang bermula pada 2 Jun lepas turut mengambil kira jumlah kes di asrama pekerja asing yang berkurangan.

Polis akui wujud kumpulan pembunuh upahan
Polis mengakui wujudnya beberapa kumpulan kecil melibatkan dua hingga tiga orang setiap kumpulan yang mengambil upah sebagai pembunuh upahan.