Polis memburu dua lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai dobi di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa yang juga seorang pereka grafik wanita pada 1.23 pagi.
"Kejadian berlaku pada 12.10 pagi, semasa mangsa dan rakannya berada di kedai dobi sebelum didatangi dua orang lelaki menutup muka dengan kain serta mengacukan kayu ke arah mangsa.
"Suspek terus merampas beg galas mangsa dan rakannya sebelum beredar serta melarikan kereta mangsa jenis Perodua Myvi berwarna kuning dengan nombor pendaftaran WWN 9044," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata mangsa dan rakannya mengalami kerugian dokumen peribadi, enam buah telefon bimbit, sebuah kereta dan wang tunai berjumlah RM200.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," jelasnya.
Afiezy Azaman
Sat Dec 28 2019

Mangsa dan rakannya mengalami kerugian dokumen peribadi, enam buah telefon bimbit, sebuah kereta dan wang tunai berjumlah RM200. - Foto sumber PDRM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Suspek kes tikam pereka dalaman ditahan di ibu negara
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sahkan suspek ditahan di sekitar ibu negara semalam dan proses reman akan dilaksanakan pagi ini.

Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas dengan jaminan polis
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak hilang sejak Oktober lepas
Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid yang kali terakhir berada di rumah beralamat No B10-11-07, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, 46000 Petaling Jaya.

Mayat dibalut langsir: Bunuh bapa kerana sering dimarah
Sorang lelaki membunuh bapanya, sebelum mayatnya dibalut dengan menggunakan langsir dan dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way.

Warga asing direman tujuh hari, bantu siasatan kes bunuh gelandangan
Suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah itu ditemui jirannya apabila pulang dalam keadaan cedera dan berlumuran darah.

Curi 58 pakaian dalam wanita, lelaki 'nafsu pelik' direman empat hari
Menurut mangsa, lelaki berkenaan sering dilihat berlegar-legar di ruangan lif rumahnya.

Macau Scam: Pesara swasta rugi RM1.3 juta diperdaya 'pegawai bank'
Seorang pesara swasta mengalami kerugian RM1.3 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank, awal bulan lepas.

Sepasang suami isteri ditahan bantu siasatan kes bayi 9 bulan mati didera
Sepasang suami isteri ditahan berkaitan kes seorang bayi lelaki maut dipercayai didera seorang pengasuh di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya di pada Khamis.

Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran kerana disuruh jangan bising
Suspek bertindak memukul seorang lelaki selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising.

KPD Petaling Jaya jalani kuarantin selepas disahkan kontak rapat tahanan positif COVID-19
Nik Ezanee memaklumkan beliau kini menjalani kuarantin kendiri sehingga 23 November depan.