Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, dalam satu kenyataan pada Khamis malam, menjelaskan sebaik sahaja tiba, pegawai SPRM itu menahan seorang pegawai di IPD tersebut.
Tindakan itu menyebabkan berlaku salah faham antara pegawai polis terbabit dan pegawai SPRM berkenaan.
Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pegawai SPRM itu diarahkan untuk meninggalkan IPD tersebut. Sehubungan dengan kejadian tersebut, satu laporan polis dibuat pada Rabu oleh SPRM.
Laporan polis yang dibuat SPRM
Berikutan kejadian itu, pengurusan SPRM mengadakan perbincangan dengan pengurusan Polis Diraja Malaysia.
Menurut kenyataan SPRM, agensi kerajaan tesebut hanya menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan profesional.
Astro AWANI difahamkan wang perangkap sejumlah RM10,000 dibawa oleh isteri suspek yang ditahan oleh pihak polis.