Polis telah mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam urusan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kedua-dua individu tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan namun tidak mendedahkan sama ada mereka telah hadir atau belum.
"Apabila kita mendapat jawapan kepada semua ini, Peguam Negara akan memutuskan sama ada terdapat sebarang kesalahan.
"Sehubungan itu, saya minta semua pihak bersabar dan menggunakan kewarasan dalam isu ini. Polis Diraja Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk pulang ke Malaysia pada 16 Sept lepas dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.
Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan tiba di Ipoh, Perak pada 16 Sept lepas dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari yang sama.
Chin Peng, yang lahir di Sitiawan, Perak meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada tahun 2013 ketika berusia 89 tahun.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kedua-dua individu tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan namun tidak mendedahkan sama ada mereka telah hadir atau belum. - Gambar fail/Astro AWANI
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Sembilan persatuan dikenal pasti terlibat - Bukit Aman
Empat individu dikenal pasti memberi ucapan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 November 2019.
Polis kenal pasti dua individu terlibat bawa pulang abu mayat Chin Peng
Polis telah mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam urusan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.
Chin Peng: Dia bukan boleh buat apa, abu dia sahaja balik - Tun Mahathir
Perdana Menteri pada masa sama tidak menolak kemungkinan ada pihak yang ada agenda tersendiri terhadap isu berkenaan.
Abu mayat Mahatma Gandhi dicuri pada ulang tahun ke-150 kelahirannya
Polis jejaki pencuri yang melarikan abu mayat mendiang Bapa Kemerdekaan negara itu, Mahatma Gandhi ketika ulang tahun kelahiran ke-150 pemimpin itu
Upacara lima hari persemadian diraja Thai berakhir
Raja Maha Vajiralongkorn mengetuai satu upacara menyemadikan abu mayat mendiang ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej di dua wat Buddha bersejarah.