Polis merakamkan percakapan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini bagi membantu siasatan kes kekecohan pada satu program Armada Bersatu Johor yang diadakan secara tertutup di Ulu Tiram, di sini, 31 Jan lepas.
Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata polis setakat ini juga sudah menahan enam individu bagi membantu siasatan kes itu.
Beliau berkata selain Syed Saddiq, turut diminta hadir untuk memberikan keterangan ialah dua lagi pemimpin Bersatu iaitu Exco Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang, yang kedua-duanya ketika itu turut berada di lokasi kejadian.
"Kita (polis) akan merakamkan percakapan (Syed Saddiq) pada pagi ini dan yang lain-lain akan dibuat kemudian. Rakaman (percakapan) dilakukan di Bukit Aman dan siasatan akan dibantu Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Rengit, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor SAC Razimi Ahmad dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim.
Pada 1 Feb lepas, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kumpulan tidak diundang sebanyak kira-kira 200 orang tiba-tiba muncul di majlis rapat umum yang dihadirinya itu dan melakukan provokasi.
Syed Saddiq menjelaskan beliau terpaksa mengalah dan melompat pagar serta menggunakan 'jalan tikus' untuk mengelak kumpulan 'penyerang' berkenaan selepas dinasihat penganjur dan polis.
Polis kemudian menubuhkan satu pasukan siasatan khas untuk menyiasat dan mengenal pasti suspek yang terlibat dalam insiden sekumpulan pemuda melakukan provokasi dan kekecohan itu.
Sementara itu, Salehhudin berkata berhubung kes penyebaran berita palsu berkaitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), polis kini menahan seorang lagi individu di Sabah dan akan dituduh di mahkamah minggu ini berikutan tindakannya menyebarkan berita palsu di media sosial.
Beliau berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 21 laporan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan 2019-nCoV dengan dua individu sudah dituduh di mahkamah.
"Polis menasihati orang ramai supaya berhenti menimbulkan kegusaran kepada orang ramai. Banyak penyebaran menerusi hujung jari, jadi, kita kena waspada dengan jari-jari kita supaya tidak semberono menggunakan apa-apa butang di depan mata kita (bagi menyebarkan berita palsu)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 10 2020

Syed Saddiq menjelaskan beliau terpaksa mengalah dan melompat pagar serta menggunakan 'jalan tikus' untuk mengelak kumpulan 'penyerang' berkenaan selepas dinasihat penganjur dan polis. - Gambar fail
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Syed Saddiq sahkan tidak sertai parti Pejuang
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir dakwa kerajaan guna SPRM beri tekanan kepada pembangkang
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digunakan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pihak pembangkang.

Kalau itu duit haram, kenapa saya perlu buat laporan polis? - Syed Saddiq
Syed Saddiq sudah arahkan pegawainya buat laporan polis berhubung fitnah ambil duit parti, serta dikaitkan dengan seorang wanita.

Armada Bersatu tolak gabungan bersama UMNO secara 'en-bloc' - Syed Saddiq
Armada Bersatu Malaysia mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri.

'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
Kata Syed Saddiq, jelas sekali dirinya tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal.

Syed Saddiq sedia dicabar pada pemilihan Bersatu
Syed Saddiq secara terbuka berkata, beliau sedia dicabar dalam jawatan berkenaan pada pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pentingnya penyatuan, pendidikan untuk dunia Islam - Syed Saddiq
Tanpa satu suara yang kuat, sukar untuk langkah seterusnya diambil, apatah lagi melaksanakan gerak kerja yang sistematik dan efektif.

Kalah di Tanjung Piai, Semenyih kerana tiada 'pekerja' - Tun Mahathir
Perdana Menteri gesa kikis sikap mementingkan diri sebaliknya memahami bahawa perjuangan parti adalah asas kepada kejayaan.

Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.